KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.
Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menjatuhi hukuman itu selepas mendapati artikel yang diterbitkan oleh Maria Chin selaku responden pada 5 Sept 2019 berkaitan kes membabitkan ahli perniagaan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emilia Hanafi, jelas merendahkan, memperlekehkan, memfitnah serta menghina Mahkamah Syariah.
"Tajuk yang digunakan oleh responden (Maria Chin) dalam artikel tersebut sendiri telah menghina mahkamah dan memberikan tanggapan buruk terhadap institusi Mahkamah Syariah di mata awam. Responden juga telah menggunakan fakta yang salah, tidak berkaitan dalam penulisannya.
"Mahkamah dengan ini mensabitkan perbuatan menghina mahkamah oleh responden melalui artikel yang diterbitkan pada 5 Sept 2019.
"Mahkamah juga menolak notis tunjuk sebab yang dikemukakan oleh responden (Maria Chin). Oleh itu mahkamah memerintahkan Maria Chin Abdullah dihukum penjara tujuh hari mulai hari ini," kata hakim itu.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan Syariah.
Pada 10 Sept 2019, SM Faisal, yang merupakan pengarah Naza World Group dan ibunya, Datin Seri Zaleha Ismail selaku pemohon telah memfailkan permohonan kebenaran untuk pengkomitan (menghina mahkamah) terhadap Maria Chin dan permohonan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 Okt 2019.
Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Syarie Mohamed Fouzi berkata, kenyataan responden bukan tergolong dalam komen yang adil, bahkan seolah-olah berniat memburukkan Mahkamah Syariah dengan menggunakan fakta kes yang tersasar dan tidak berkaitan.
"Kenyataan yang dibuat ini tidak berdasarkan fakta sebenar yang berlaku di dalam penghakiman mahkamah itu sendiri dan menjerumuskan responden kepada salahnyataan dan penghinaan kepada mahkamah ini.
"Sudah tentu, dengan kenyataan yang bersifat memburukkan, skandal, bersifat negatif, menuduh dengan menggunakan fakta yang tidak tepat boleh menyebabkan kepercayaan awam kepada Mahkamah Syariah semakin terjejas teruk akibat tindakan responden," katanya.
Hakim syarie itu berkata responden sengaja menghina mahkamah itu dengan menyatakan bahawa mahkamah melakukan diskriminasi kepada Emilia bahkan kepada wanita-wanita yang mendapatkan perkhidmatan keadilan di mahkamah.
"Fakta sebenarnya adalah semua undang-undang yang sedang berkuat kuasa ini adalah undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang mana responden sebagai Ahli Yang Berhormat turut berada di dalamnya dan dikuatkuasakan dengan kelulusan dan persetujuan ahli yang berhormat.
"Mahkamah ini hanya melaksanakan keadilan yang dibenarkan oleh undang-undang yang telah diluluskan oleh Ahli Yang Berhormat dan menguatkuasakan keadilan tanpa mengira jantina berdasarkan tuntutan pihak-pihak tersebut," kata hakim itu.
Katanya, sebagai seorang Ahli Yang Berhormat, responden seharusnya lebih mengetahui bahawa mahkamah itu hanya akan memutuskan kes setelah semua prosedur ditetapkan telah dipenuhi dan hanya berdasarkan wujud bukti yang jelas.
Hakim Syarie itu berkata, sebagai Ahli Parlimen yang berperanan meluluskan sesuatu undang-undang, adalah tidak wajar bagi responden mempertikai dan merendahkan serta menghina undang-undang dan mana-mana mahkamah semasa mahkamah itu menjalankan tugasnya.
"Bahkan sebagai Ahli Yang Berhormat, responden mempunyai cukup ruang dan tempat yang luas untuk mendapatkan maklumat yang tepat selain memberi pandangan dan cadangan yang baik dan adil untuk kebaikan mahkamah ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Maria Chin Abdullah dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu. - Gambar fail Astro AWANI
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Mahkamah Rayuan ketepi kebenaran diperoleh Maria Chin untuk cabar notis tunjuk sebab
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Petaling Maria Chin Abdullah memulakan semakan kehakiman bagi mencabar notis tunjuk sebab dikeluark
Cadangan awal laluan MRT3 tidak masuk akal - Maria Chin
Projek MRT3 dimansuhkan oleh kerajaan PH namun disambung semula apabila kerajaan PN bersetuju untuk meneruskan projek berkenaan.
Maria Chin dihukum penjara tujuh hari kerana hina mahkamah
Ahli Parlimen Petaling Jaya dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu.
Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis
Ia berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas.
Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit
Kumpulan tersebut yang bergerak dari Padang Merbok turut mengadakan bantahan dengan duduk di atas jalan raya selama 18 minit.
Podcast Realiti Rakyat: Kehidupan rakyat di Petaling Jaya
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
KRPPM: Platform perbincangan dasar Ahli Parlimen dan rakyat
KRPPM merupakan badan tidak formal yang didaftarkan di bawah Parlimen Malaysia
Tak perlu mansuh SOSMA - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berpandangan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak seharusnya dimansuhkan.
Anwar sakit belakang, Azizah batal hadir ke majlis Aidilfitri
Ketua Umum PKR itu terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan lanjut.
FRU dikerah ke pusat mengundi SK Taman Dato' Haron (1)
Lebih 100 pengundi didakwa dihalang daripada mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun (1) berikutan sudah jam 5 petang.