Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).
Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.
Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas.
Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.
Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.
Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk "Antara 54 NGO dalam Comango" di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.
Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk "ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango" di dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8 Nov).
Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Marina mendakwa pada 11 Nov tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.
Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.
Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 Nov dan 12 Dis 2013 dihantar kepada mereka.
Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bernama
Wed Feb 26 2014

Marina Mahathir - Gambar Arkib

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Dalang Comango: Kes saman Marina selesai
Kes saman aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir terhadap presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 12 lagi selesai selepas wakil ISMA melahirkan kekesalan.

Marina Mahathir saman presiden dan 15 AJK ISMA fitnahnya terbabit aktiviti Comango
Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk "Antara 54 NGO dalam Comango" di masjid-masjid pada 8 Nov tahun lepas.

KDN tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM - Ahmad Zahid
KDN mendapat persetujuan JAKIM untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.

BN dan PR gagal capai ekspektasi umum dalam isu berbangkit
Dua pemimpin parti yang berbeza, BN dan PR capai kata sepakat bahawa parti mereka gagal capai ekspektasi umum dalam isu berbangkit.

KDN: Comango gabungan haram
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff menjelaskan Comango merupakan gabungan yang tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966.

Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat
Ketaksuban kepada hak asasi manusia secara membuta tuli akan mengundang kepincangan dalam kalangan masyarakat dan negara.

Permohonan Comango adalah tindakan biadab - Hasan Ali
Dato Dr Hasan Mohamed Ali menganggap permohonan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah adalah tindakan yang biadap.

Comango kemuka laporan hak asasi kepada PBB
Satu laporan mengenai hak asasi manusia di Malaysia telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO).