PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan hasil rampasan, lelongan, kompaun dan denda berjumlah RM2.7 bilion sejak 17 tahun penubuhan agensi itu.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata jumlah tersebut meliputi penguatkuasaan terhadap bot nelayan asing, pendatang tanpa izin, penyeludupan dadah, rokok, ketum serta barangan kawalan lain.
Beliau berkata Maritim Malaysia turut mengkoordinasikan 2,428 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang melibatkan 10,077 mangsa dan lebih RM650 juta nilai harta benda diselamatkan.
"Beberapa operasi khas yang menjadi penanda aras Maritim Malaysia seperti Operasi Naga, Operasi Kuda Laut, Operasi Jangkar Haram serta Operasi Benteng telah merekodkan kejayaan membanggakan," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-17 Maritim Malaysia di perairan Selangor hari ini yang dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Mohd Zubil berkata sebagai agensi keselamatan yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Maritim Malaysia akan terus memberikan komitmen dan melipatgandakan usaha dengan lebih konsisten berteraskan 'Kami Serius Melaksanakannya' demi kelangsungan kemakmuran perairan negara.
Mengenai sambutan ulang tahun penubuhan Maritim Malaysia ke-17, beliau berkata buat julung kalinya pada tahun ini acara perarakan atau lintas hormat aset laut dan udara diadakan di perairan Selangor melibatkan 10 kapal termasuk dua kapal pesisir luar pantai atau `Offshore Patrol Vessel' (OPV) iaitu KM ARAU dan KM PEKAN, enam pesawat udara serta lapan bot.
Katanya selain acara lintas hormat, aset-aset laut dan udara turut mengadakan persembahan formasi serta demonstrasi penguatkuasaan dan menyelamat di laut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022
![Maritim Malaysia rekod hasil RM2.7 bilion 17 tahun penubuhan Maritim Malaysia rekod hasil RM2.7 bilion 17 tahun penubuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644921210_MajlisSambutanUlan.jpg)
Anggota STAR Maritim Malaysia menggunakan aset ketenteraan air dan udara semasa melakukan pertunjukan sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-17 Maritim Malaysia hari ini. - Gambar/ Bernama
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
![Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738053548_TBkapalkaram.jpg)
Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas
Seorang kapten hilang manakala enam kru, yang kesemuanya rakyat Malaysia, selamat setelah sebuah kapal kargo dilaporkan karam di Lawas.
![Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738051027_insidentembakan.jpg)
Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya
Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan pada Jumaat.
![Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737097021_TBNELAYANHILANG.jpg)
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
![Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737097021_TBNELAYANHILANG.jpg)
Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.
![Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729691433_TBAPMM.jpg)
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
![Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734758468_TBSAR.jpg)
Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia
Maritim Malaysia merekodkan sebanyak 3,275 kes insiden di laut yang melibatkan 16,420 mangsa dalam tempoh 2006 hinga semalam.
![Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734755130_TBmaritim.jpg)
Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti
Peringatan ini penting memandangkan cuaca yang tidak menentu pada penghujung tahun akibat Monsun Timur Laut (MTL).
![Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734537369_SazaleeAdam.jpg)
Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.
![Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734516858_rasuah.jpg)
Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
![Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734006674_MohdRosli.jpg)
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.