SEREMBAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menahan dua kapal yang melakukan aktiviti pemindahan minyak disyaki diesel tanpa kebenaran di perairan Pulau Perjudi, Port Dickson, petang semalam.
Pengarahnya Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bot ronda Maritim Malaysia yang melihat dua kapal merapat antara satu sama lain disyaki melakukan aktiviti ship to ship (STS) yang mencurigakan di kedudukan satu batu nautika tenggara pulau itu.
"Pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut sedang memindahkan kargo minyak disyaki diesel kepada sebuah kapal kargo tanpa mempunyai sebarang dokumen kebenaran menjalankan aktiviti terbabit.
"Kapal kargo sepanjang 31 meter yang berdaftar di Port Dickson itu dikendalikan empat kru lelaki warga tempatan termasuk nakhoda, manakala kapal tangki pula didaftarkan di Zanzibar, Tanzania dikendalikan lima kru lelaki termasuk nakhoda warga Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Iskandar susulan itu, kedua-dua kapal dan kru ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana menjalankan aktiviti STS tanpa kebenaran.
Katanya, Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan supaya komuniti di laut sentiasa patuh kepada undang-undang yang digariskan pihak berwajib.
Sebarang maklumat salah laku dan kecemasan di laut sila laporkan segera ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Dua buah kapal ditahan kerana melakukan pemindahan minyak secara haram - Foto Maritim Malaysia
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Maritim tahan dua kapal disyaki pindah minyak diesel tanpa kebenaran
Pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut sedang memindahkan kargo minyak disyaki diesel kepada sebuah kapal kargo.