ISKANDAR PUTERI: Masalah lambakan kira-kira 200,000 warga asing tidak bekerja di negara ini yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat yang menggajikan pekerja asing termasuk peladangan, untuk mengambil mereka bekerja semula.
"Keutamaan akan diberikan kepada warga asing yang telah berdaftar dan telah disenaraikan melalui program berkenaan, untuk mendapatkan pekerjaaan memandangkan mereka sudah ada di dalam negara ini.
"Sebab kalau warga asing yang baharu akan mengambil masa, yang ini mereka sudah terima vaksin cukup, boleh mula bekerja dalam masa dua minggu dari sekarang, kita akan selesaikan sebelum akhir tahun ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Hamzah berkata demikian ketika ditanya mengenai status permohonan pekerjaan kira-kira 200,000 warga asing, yang memohon untuk bekerja semula di negara ini.
Pada 2 Nov, Hamzah dilaporkan berkata 212,926 warga asing dan 11,751 majikan membuat permohonan menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, meliputi beberapa sektor antaranya perkilangan, pembinaan, pertanian serta peladangan.
Sementara itu, Hamzah berkata kerajaan sedang memperincikan permintaan syarikat kawalan keselamatan swasta di negara ini, yang memohon kebenaran untuk menggajikan pekerja dari Bangladesh, Indonesia dan Filipina selain dari Nepal.
Beliau berkata setakat ini seramai 30,000 warga asing daripada 180,000 pengawal keselamatan bertugas di negara ini merupakan warga Nepal, manakala selebihnya merupakan warga tempatan.
"Kuota dibenarkan masih kekal iaitu 80 peratus pengawal keselamatan warga tempatan dan hanya 20 peratus warga Nepal, yang mempunyai pengalaman dalam agensi keselamatan. Isunya adalah untuk menggantikan sebahagian daripada 30,000 warga Nepal yang sudah habis tempoh bekerja, kita mahu cari pengganti untuk isi kuota itu, bukan menambah.
"Sebolehnya kita mahu mengutamakan pengambilan pengawal keselamatan daripada warga tempatan, kerana jawatan itu perlu diisi individu yang mempunyai integriti dan memahami undang-undang negara," katanya.
Terdahulu, Hamzah dalam ucapannya mencadangkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan 'pencungkil bakat' dalam memastikan pengambilan pegawai dan anggota agensi keselamatan itu, terdiri daripada calon terbaik di seluruh negara.
"Saya minta kalau boleh, ada pencungkil bakat diwujudkan oleh PDRM dan dimulakan di peringkat sekolah menengah. Kita mahu mereka yang benar-benar mahu menjadi polis, bukan mereka yang melihat kerjaya ini sebagai pilihan terakhir.
"Melalui pencungkil bakat ini, saya yakin pengambilan anggota boleh ditambah baik dengan mengambil kira aspek modal insan melibatkan kemahiran insani, kecerdasan emosi dan berkemahiran teknologi, ini yang kita mahu," katanya.
Beliau turut 'menegur' Jabatan Kerja Raya (JKR) agar melantik syarikat kontraktor pembangunan yang benar-benar layak dan bukan lantikan daripada tindakan 'melobi', kerana hasil daripada tindakan itu kerap menimbulkan masalah termasuk projek kerajaan yang tertangguh sehingga gagal disiapkan.
Menurut Hamzah sebanyak lima projek pembinaan IPD sedang dijalankan di seluruh negara meliputi IPD Muallim, Perak bernilai RM85 juta; IPD Jeli, Kelantan (RM130.3 juta); IPD Lawas, Sarawak (138.07 juta); IPD Hulu Terengganu, Terengganu (RM108.88 juta) dan IPD Klang Utara, Selangor (RM159.3 juta).
"Sementara itu, pembinaan IPD Belaga, Sarawak yang bernilai RM90 juta kini sedang dalam proses dokumentasi, dijangka akan turut dimulakan dalam waktu terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Hamzah berkata kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat yang menggajikan pekerja asing termasuk peladangan, untuk mengambil mereka bekerja semula. - Gambar fail
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).