BERLIN: Masalah teknikal yang sedang dihadapi pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing, boleh membebankan seluruh industri penerbangan, menurut pesaing utamanya, Airbus, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.
"Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan sebenarnya," kata Christian Scherer, ketua pembuatan pesawat awam di syarikat Eropah itu, dalam satu temu bual dengan majalah perniagaan Jerman, Wirtschaftswoche yang diterbitkan pada Sabtu.
"Ini menimbulkan bayangan terhadap keseluruhan industri," katanya.
Menurut Scherer, kini lebih sukar untuk memperakui pesawat baru. "Terdapat tekanan yang lebih besar daripada semua pemerhati, termasuk pihak berkuasa pengawal selia."
Scherer menolak andaian bahawa Airbus mendapat manfaat daripada kesukaran yang dihadapi oleh pesaing terbesarnya. Beliau berkata harga pesawat meningkat kerana permintaan lebih besar daripada penawaran.
Dalam satu insiden awal tahun ini, pesawat Boeing 737-9 MAX yang dikendalikan oleh Alaska Airlines kehilangan penyumbat pintu semasa pendakian, menyebabkan lubang besar pada badan pesawat. Sejak insiden itu, Boeing berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk meningkatkan kawalan kualiti.
Dalam nahas dua pesawat 737 MAX pada Oktober 2018 dan Mac 2019, 346 orang terkorban. Siasatan mendapati bahawa salah satu punca kemalangan itu adalah perisian pesawat terbabit.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Sat Jun 01 2024
Imej menunjukkan pesawat Boeing 737 MAX. Dalam nahas dua pesawat 737 MAX pada Oktober 2018 dan Mac 2019, 346 orang terkorban. Siasatan mendapati, salah satu punca kemalangan adalah perisian pesawat terbabit. - Gambar hiasan/REUTERS
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Siasatan dilakukan terhadap gangguan Autogate dan Kod QR di BSI - JIM Johor
JIM Johor telah melakukan siasatan dalaman berhubung kegagalan sistem Autogate dan Kod QR di BSI di Zon Pemeriksaan Penumpang Bas berfungsi pada pukul 12 tengah hari semalam.
MH66 berpatah balik: MOT tunggu laporan lengkap MAB - Loke
Kementerian Pengangkutan sedang menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhubung insiden pesawat MH66 berpatah balik.
MAB sahkan pesawat MH66 KL-Incheon berpatah balik, hadapi masalah teknikal
MAB memaklumkan pesawat MH66 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan berpatah balik ke KLIA pada jam 1.30 pagi selepas mengalami masalah teknikal.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.
Penumpang 'tercampak', pesawat Latam Airlines alami masalah teknikal
Seramai 12 penumpang dimasukkan ke hospital selepas pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin.
Meta akui Facebook, Instagram alami masalah teknikal
Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.
Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan
Daihatsu telah mentauliah siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian.
Setel menghadapi masalah teknikal disebabkan trafik penebusan eMADANI
Pengguna Setel turut terjejas, membuatkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital berkenaan.