Orang ramai yang mempunyai anggota keluarga mengalami masalah kesihatan mental terutama pada peringkat awal perlu menghantar mereka untuk menerima rawatan bagi mengelakkan penyakit itu semakin serius.
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Noorlia Yahya berkata kebanyakan masyarakat mempunyai tanggapan negatif terhadap penyakit berkaitan mental, meskipun mereka hanya menghidap gangguan kesihatan mental.
"Gangguan kesihatan mental bukan penyakit mental, tetapi jika jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kecelaruan mental dan masyarakat boleh membantu dengan tidak menyisihkan mereka.
"Selain itu, kesedaran terhadap kesihatan mental di negara kita masih rendah berbanding negara maju, cuma terdapat sedikit perubahan kebelakangan ini apabila orang ramai mula mahu menjalani rawatan di hospital psikiatri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.
Katanya definisi sebenar kesihatan mental bukan semata-mata sakit mental (kurang waras) tetapi ia membabitkan gangguan contohnya tekanan, tidak boleh tidur, gangguan selera makan, gagal memberi tumpuan dan seumpamanya.
Dr Noorlia berkata kesihatan mental seperti itu boleh dirawat melalui konsep rehabilitasi iaitu pemulihan dengan menjalani latihan, bukannya ubat semata-mata dan jika dilakukan secara konsisten, pesakit boleh kembali normal.
"Di Pulau Pinang, sebanyak 26 buah klinik kesihatan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan dua buah hospital iaitu Hospital Pulau Pinang serta Hospital Bukit Mertajam mempunyai kepakaran Psikiatri.
"Ketika ini kira-kira 1,700 orang menerima rawatan kesihatan mental di klinik seluruh negeri dan saya menyeru masyarakat menggalakkan mereka yang menghadapai masalah kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan fasiliti kesihatan dengan kami," katanya.
Sementara itu, katanya orang ramai atau pesakit kesihatan mental boleh mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan menerusi pertubuhan-pertubuhan kesihatan mental berdaftar di negeri ini.
"Mereka boleh hubungi Agape Kaunseling Centre di talian 04-2280709, Home Dynamics (04-2109923), Befrienders Penang (04-2815161), Than Hsiang Mitra Welface Association (04-6451141), D'home Mental Health Association (04-6434432), The Mental Helath Association (04-2260811) dan Penang Care (04-6567840)," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2016

Ketika ini kira-kira 1,700 orang menerima rawatan kesihatan mental di klinik seluruh Pulau Pinang.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Masalah mental: Rawatan awal dapat elakkan penyakit lebih serius
Orang ramai yang mempunyai anggota keluarga mengalami masalah kesihatan mental terutama pada peringkat awal perlu menghantar mereka untuk menerima rawatan bagi mengelakkan penyakit itu semakin serius.