KUALA NERUS: Masalah sampah yang serius dan membusuk kerana sistem kutipan yang tidak efisien menghantui penduduk Kampung Baru, Pulau Redang sejak setahun lepas.
Penduduk mendakwa masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan selepas aduan kepada pihak berkaitan dikemukakan.
Seorang penduduk, Johasman Husin, 44, berkata masalah yang berlarutan selama setahun itu memberi tekanan kepada penduduk kampung kerana terpaksa menghidu bau busuk sampah yang "menggunung" setiap hari.
Johasman berkata masalah timbul apabila kontraktor yang menguruskan kerja-kerja pembersihan hanya mengambil separuh daripada sampah yang ada untuk dilupuskan, manakala separuh lagi gagal diuruskan sehingga menyebabkan longgokan dalam jangka masa panjang.
"Semua sampah yang dibawa ke pusat pengumpulan di Kampung Baru bukan sahaja datang daripada penduduk di sini, tetapi semua resort dan chalet yang ada di Pulau Redang.
"Setiap hari dianggarkan 3,000 tan metrik sampah dibawa ke sini, tetapi hanya separuh yang diambil untuk dilupuskan. Sudah tentulah lama-kelamaan sampah itu akan menimbun dan membusuk," katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Pulau Redang petang semalam.
Seorang lagi penduduk, Mohamad Jaafar, 68, berkata masalah terbabit jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan imej Pulau Redang sebagai pusat pelancongan terkenal di negara ini.
Menurutnya, walaupun kedudukan Kampung Baru terpisah daripada kawasan chalet dan resort, ia tetap menerima kunjungan pelancong asing yang ingin menikmati pemandangan perkampungan nelayan dan budaya masyarakat di situ.
"Kampung Baru ialah sebahagian daripada Pulau Redang. Saya pasti pihak kerajaan tidak mahu masalah sebegini menjejaskan reputasi Pulau Redang sebagai lokasi pelancongan yang berprestij.
"Ramai pengusaha kedai makan di sini terjejas kerana bau busuk yang meloyakan membunuh selera pelanggan," katanya.
Sehubungan itu, penduduk kampung merayu supaya pihak kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
![Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696736077_sampah.jpg)
Timbunan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru Pulau Redang yang berlaku akibat sistem kutipan tidak efisien sejak setahun lalu. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922573_RumahSampah.jpg)
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
![Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723940780_tbBajakompossisa.jpg)
Urus 'sampah' jadi duit dengan Pusat Komuniti Sifar Sisa
Di pusat KOSIS, petugas akan menerima sisa pepejal itu dan menimbangnya bagi menentukan jumlah yang perlu dibayar.
![Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718764964_TBSAMPAHPULANG.jpg)
Sampah dibuang merata 'kembali' ke rumah tuannya
Penduduk sekitar mengetahui alamat pelaku menerusi sepucuk surat yang tertera maklumatnya yang turut dibuang bersama sampah-sampah yang lain.
![Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718326845_hotspotsampahhara.jpg)
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
![Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705887850_garbage.jpg)
Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan
Membersihkan longgokan sampah di jalanan adalah sukar dan akses ke tapak pelupusan pula mustahil kerana ia berada di kawasan berbahaya.
![Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024 Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704094043_TBSampah.jpg)
Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.
![Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696736077_sampah.jpg)
Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
![Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693211339_Pemandulori.jpg)
Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.
![Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap? Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688170367_IPOH.jpg)
Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap?
Keadaan kini sangat kotor, tidak terjaga dan dipenuhi sampah sarap selain tidak lagi digunakan dan ditutup bagi tujuan keselamatan.
![Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686670106_SungaiKlangBertam.jpg)
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.