KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masalah teknikal pada jenteranya mengakibatkan prestasi beliau tidak menentu pada saingan kejuaraan tersebut musim ini.
Prestasi pelumba pasukan NTS RW Racing itu, sebelum ini menunjukkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat kesembilan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello pada 30 Mei lepas.
Namun, beliau sekali lagi berdepan kekecewaan susulan masalah pada jentera di GP Belanda di Litar Assen pada Ahad lepas, sekali gus sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-23.
"Selepas perlumbaan di Mugello, jentera saya ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan di GP Jerman (20 Jun) dan Assen, saya kurang puas hati dengan pencapaian saya sendiri, saya bekerja keras bersama pasukan, cuma tuah tiada di pihak saya pada perlumbaan di Assen baru-baru ini.
"Masalah di FP (latihan bebas) 1, 15 minit lagi nak habis perlumbaan, enjin motor saya berhenti disebabkan masalah teknikal, saya tak boleh perbaiki kedudukan sebab semasa FP 2 hujan, pertama kali saya berlumba dalam hujan dengan jentera itu.
"Di FP 3, litar kering tapi semua pelumba dah meningkat daripada FP 1, saya juga sama tapi tidak sebanyak dilakukan pelumba-pelumba di hadapan," kata pelumba berusia 27 tahun itu pada sidang media secara maya, pada Rabu.
Namun, beliau berazam dapat memperbaiki prestasinya pada baki saingan musim ini, bermula dengan saingan di Austria pada 8 Ogos, sambil berharap masalah pada jenteranya dapat diatasi menjelang perlumbaan tersebut.
Sementara itu, Hafizh Syahrin menjadi atlet permotoran pertama negara yang menjalani kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Kampung Pandan, selepas bekas pelumba Moto2 Zulfahmi Khairuddin meminta kerajaan membenarkan atlet sukan berkenaan menjalani kuarantin seperti atlet-atlet Olimpik.
Setiausaha Agung Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) Muizz Azli berkata langkah itu bagi memastikan pelumba dapat mengekalkan momentum dan menjalani latihan dalam tempoh kuarantin wajib itu.
"Bagi atlet sukan permotoran, tidak banyak aktiviti dapat dilaksanakan sekarang, tetapi aktiviti di luar negara berjalan dengan lancar, jadi apa yang MAM boleh tolong ialah dari segi kuarantin untuk memastikan mereka boleh terus berlatih semasa kuarantin, maka momentum itu sentiasa ada untuk buat yang terbaik.
"Mereka diletakkan di Pusat Latihan MSN, di sana mereka boleh menggunakan fasiliti sukan seperti gimnasium, kolam renang dan kekal aktif walaupun menjalani kuarantin," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Hafizh sekali lagi berdepan kekecewaan susulan masalah pada jentera di GP Belanda di Litar Assen pada Ahad lepas, sekali gus sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-23. - Stadium ASTRO
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
JDT sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.
JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.
Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.
WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.
Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong
Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar.
Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.
WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan
Hafizh tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.
KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.
Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan
Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.