KUALA LUMPUR:Kementerian Kewangan (MOF) masih mempunyai masa untuk melakukan pindaan terhadap Belanjawan 2021, supaya ia mampu mendapat sokongan mencukupi untuk diluluskan di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kangar dari Pakatan Harapan, Noor Amin Ahmad berkata, dinamika politik yang berubah memberi kemungkinan ada ahli-ahli Parlimen, termasuk dari blok kerajaan, yang akan mempraktikkan 'conscience vote' atau mengundi secara bebas.
"Perkara yang sama pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang. Jadi conscience vote ini memang satu amalan di banyak negara demokrasi yang telah maju.
“Maksudnya ahli Parlimen ada kebebasan untuk mengundi berdasarkan keyakinan mereka terhadap apa yang dikemukakan kerajaan dalam sesuatu bil seperti bil pembekalan tentang Belanjawan 2021.
"Jadi itu antara kemungkinan berlaku. Tapi sebelum itu mungkin berlaku sebenarnya Kementerian Kewangan masih ada ruang untuk mengemukakan sebarang pindaan tertentu yang boleh dikemukakan kepada ahli-ahli Parlimen sebelum penggulungan akhir pengundian dipanggil," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka akan menggulung Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 yang memperuntukkan RM322.5 bilion pada 26 November ini, sebelum ia boleh diluluskan di peringkat dasar.
Bagaimanapun sesetengah pihak menjangkakan ia mungkin tidak mendapat sokongan secukupnya sekiranya pindaan tidak dilakukan terhadap permintaan beberapa pihak, termasuk Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan blok bebas.
Mengulas lanjut Noor Amin berkata, mengikut konvensyen, jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, maka Perdana Menteri perlu sama ada meletak jawatan, memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong hasrat untuk membubarkan Dewan Rakyat, atau membiarkan Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu berdasarkan sokongan majoriti ahli Parlimen.
"Kalau ini berlaku, Perdana Menteri baharu ini perlu segera menubuhkan Kabinet dan mengemukakan belanjawan yang baharu untuk diluluskan oleh Parlimen. Kerajaan baharu ini pun tidak semestinya ada majoriti, sebab dalam negara demokrasi pun kita ada minority government.
"Jadi ini terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri baharu sekiranya itu berlaku, dan tidak semestinya kerajaan minority ini juga stabil. Sama ada ia mungkin diberi undi tidak percaya kemudian atau berjaya consolidate sokongan untuk penggal ini," katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Nov 22 2020

Beberapa pihak menjangkakan Kerajaan mempunyai masalah untuk peroleh sokongan mencukupi bagi Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2021. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tidak ada keperluan ubah kebenaran tanam ketum - Noor Amin
Noor Amin menambah, sekiranya ketum dapat dijual secara komersial, perlunya ada satu kawal selia yang lebih baik mengenai perkara terbabit.

Masih ada masa untuk MOF pinda Belanjawan 2021 bagi raih sokongan
Beberapa pihak menjangkakan Kerajaan mempunyai masalah untuk peroleh sokongan mencukupi bagi Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2021.

Lebih 18 tan sampah dikutip sempena Mega Plogging Challenge
Program seperti ini berjaya menggalakkan masyarakat kampung untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Kuala Perlis yang menjadi destinasi pelancong sebelum ke Pulau Langkawi.

Inkues Adib: 'Cik Miera' tarik balik kenyataan, rayu hantaran dipadam
Cik Miera yang mengecam keterangan pakar perubatan dalam inkues Muhammad Adib Mohd Kassim telah menarik balik dan memadamkan hantaran yang dibuat menerusi akaun Facebooknya.