PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.
Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.
Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang.
"Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong.
"Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua bot ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata pada Rabu, Kapal Maritim (KM) Jujur telah menahan dua lagi bot nelayan Vietnam hasil maklumat yang disalurkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi pesawat yang melaksanakan rondaan.
Menurutnya, bot pertama ditahan pada jarak kira-kira 180 batu nautika dari Muara Tok Bali manakala bot kedua ditahan pada jarak 170 batu nautika dari muara yang sama.
"Bot pertama ditahan lebih kurang 8.45 pagi mempunyai seramai enam kru termasuk tekong warganegara Vietnam manakala bot kedua ditahan kira-kira 10.57 pagi dengan 18 kru termasuk tekong.
"KM Jujur mengambil masa lebih dua jam untuk menahan kedua-dua bot sebelum mengambil masa lebih 48 jam sebelum tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan pada 11.30 pagi Jumaat," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua 31 kru termasuk tekong empat bot yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 64 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.
"Penahanan 31 kru warga Vietnam berkenaan telah membawa kepada rampasan empat bot termasuk peralatan navigasi, peralatan menangkap ikan, ikan lebih kurang 1,000 kilogram dan bekalan diesel kira-kira 9,200 liter dengan anggaran nilai RM4.2 juta.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimile tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Syed Nor Adli berkata APMM Kelantan telah melupuskan empat bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah secara penenggelaman untuk dijadikan tukun tiruan pada jarak 5.3 batu nautika dari Kuala Besar, Kota Bharu pada 21 Mac.
Menurutnya, kesemua bot yang ditenggelamkan merupakan bot yang telah ditahan dalam Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai pada 2021 dan 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Pemeriksaan mendapati kesemua 31 kru termasuk tekong empat bot yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 64 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. - Gambar/ Sinar Harian

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
AWANI Borneo [22/2/2025] – Air Oh Air | Ramadan | Pembangunan Luar Bandar
#AWANIBorneo bersama Nickyson Nyambar
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews

Masih aktif ceroboh perairan negara, empat bot, 31 nelayan Vietnam ditahan
Maritim Malaysia Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.

APMM Pahang tahan dua bot nelayan tempatan, 15 kru Vietnam
Bot-bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai 15 orang, berumur antara 24 hingga 58 tahun.

Bot nelayan tempatan dengan lima kru Myanmar ditahan
Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, berkata penahanan itu dibuat ketika pasukannya melakukan rondaan Op Makmur di perairan tersebut.

15 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara
Kedua-dua bot ditahan secara berasingan menerusi rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Kelantan sekitar 5.40 petang.

Dua bot nelayan Vietnam ditahan, rampasan hampir RM3 juta - Maritim Kelantan
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

Nelayan Vietnam 'rompak' gamat dicekup
Nelayan berusia 17 hingga 34 tahun itu ditahan pada jarak 41.2 batu nautika dari muara Tok Bali sekitar jam 10.40 malam.

Maritim Malaysia tahan 2 bot Vietnam termasuk kru berusia 14 tahun
Remaja terbabit adalah antara 19 kru dua bot nelayan Vietnam yang ditahan Selasa lepas.

Lima hari hanyut di laut, lelaki Vietnam diselamat kapal tempatan
Seorang lelaki warga Vietnam yang hanyut kira-kira lima hari lepas ditemukan selamat oleh sebuah kapal tempatan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Tok Bali dekat sini semalam.

24 nelayan Vietnam ditahan kerana ceroboh perairan negara
Dua bot itu disyaki bot penangkapan ikan asing dengan mempamerkan tanda nama seperti bot nelayan tempatan.

Maritim Malaysia tahan tiga kapal induk bekal minyak kepada nelayan asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan tiga kapal tangki minyak dipercayai menjadi 'feeder' kepada bot-bot nelayan asing Vietnam di Laut China Selatan.