Pelakon Jasmine Suraya menegaskan tiada niat untuk membandingkan dirinya dengan bintang tersohor Korea Selatan, Lisa Blackpink!
Jelas Jasmine, dia sebaliknya mengagumi semangat dan personaliti bintang Korea Selatan, Lisa Blackpink yang pernah menyertai rancangan realiti Real Men 300.
Biarpun berdepan dengan pelbagai halangan, berpanas dan berpeluh, Lisa masih kekal menawan dan berkarismatik.
"Saya dah tak fikir nak nampak cantik-cantik dah semasa penggambaran.
Apa yang saya fikir hanya pastikan semua cabaran berjaya dilakukan," katanya.
Terdahulu, Jasmine memuat naik hantaran di Instagram meletakkan fotonya ketika menyertai Real Men Malaysia: Wira Merah bersama-sama gambar Lisa.
"Siapa sayang @lalalalisa_m angkat tangan!! Omg she’s soooo pretty! Ha nie ha, akak bomba dengan Lisa @blackpinkofficial
"Shoot Real Men Korea pon nampak cantik sangat, kita pulak lintang pukang. Ini pon nak ambik 2 jam cari gambar yang cantik-cantik to match up ngan Lisa," tulis Jasmine.
Hantaran Jasmine itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut memuji semangatnya menyertai rancangan Real Men Malaysia: Wira Merah.
Tambah Jasmine lagi; "Saya sebenarnya sedang mempromosikan rancangan realiti yang saya sertai iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah. Rancangan ini diadaptasi daripada idea asal siri TV, Real Men dari Korea Selatan.
" Lisa merupakan salah seorang daripada peserta itu. Jadi saya seronok tengok halangan yang Lisa dah lalui, mengingatkan cabaran yang saya juga lalui di Real Men."
Untuk rekod, selain Lisa Blackpink, Real Men edisi Korea Selatan turut disertai oleh bintang lain seperti Yook Sungjae, Jackson Wang, Park Hyung-sik dan ramai lagi.
Rancangan itu mendapat sambutan hangat dari serata dunia kerana memaparkan sisi lain bintang-bintang terkenal dalam menghadapi cabaran yang dilalui oleh anggota badan beruniform negara itu.
Gementar shooting Real Men Malaysia: Wira Merah
Jasmine yang sudah menjalani penggambaran Real Men Malaysia: Wira Merah selama satu bulan itu di sekitar Terengganu mengakui ia adalah antara pengalaman paling bermakna sepanjang kariernya dalam industri hiburan.
"Ketika menerima tawaran daripada Astro, saya akui agak gementar. Yelah, kena berpanas, berhujan dan kena buat semua cabaran dan latihan fizikal yang dilalui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tapi saya tahu, saya boleh buat!
"Disebabkan program ini juga saya ada kawan-kawan baru dalam industri. Kami kerap melepak bersama walaupun dah habis penggambaran. They are all fun to hang out with," ujarnya.
Selain Jasmine Suraya, Rancangan realiti tv Real Men Malaysia: Wira Merah yang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria 104 itu turut disertai oleh Hawa Rizwana, Arieff Yong, Daniel Cheang, Eric Lay, Mat Redho, Shashic dan Wafiy. - Gempak
Gempak
Wed Sep 06 2023

Jelas Jasmine, dia mengagumi semangat dan personaliti bintang Korea Selatan, Lisa Blackpink yang pernah menyertai rancangan realiti Real Men 300. - Gambar Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa
Jumpa Lisa depan-depan, untungnya Mail.

#KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du?
Tajuk lagu utama "Kill This Love," dalam album baharu bakal menjadi kegilaan seperti "ddu-du ddu-du" dari kumpulan BLACKPINK.