KUALA TERENGGANU:Kesedaran mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dalam kalangan individu yang bekerja sendiri di Terengganu masih di tahap sederhana.
Pengarah Perkeso Terengganu Farihah Che Husin berkata setakat tahun lepas, hanya 3,924 individu bekerja sendiri dari pelbagai sektor telah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso dan pihaknya menggangarkan terdapat kira-kira 25,000 individu yang bekerja sendiri di negeri itu.
"Apatah lagi dengan penularan pandemik COVID-19, ramai yang diberhentikan kerja dan terpaksa bekerja sendiri seperti menjadi penghantar makanan.
"Jadi kita harap mereka segera mencarum supaya mempunyai perlindungan sekiranya terjadi sebarang kejadian tidak diingini semasa mereka bekerja," katanya kepada pemberita pada Program Pendaftaran Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung kepada pekerja perkhidmatan penghantaran, berkonsepkan pandu lalu di Wisma Perkeso di sini hari ini .
Beliau berkata sebagai contoh, dianggarkan terdapat kira-kira 6,000 nelayan di Terengganu dan masih ramai dalam kalangan mereka yang belum mencarum.
Katanya, Perkeso kini mempergiat aktiviti menggalakkan individu yang bekerja sendiri mencarum di bawah SKSPS dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan menyasarkan 6,000 orang daripada golongan itu di Terengganu berbuat demikian pada tahun ini.
Farihah juga berkata program pendaftaran SPS Lindung secara pandu lalu itu adalah untuk memberi peluang kepada pekerja sektor khidmat penghantaran sama ada yang menggunakan motosikal, basikal atau berjalan kaki mendapatkan perlindungan secara percuma.
Beliau berkata di bawah program itu, kerajaan menyediakan caruman penuh untuk pekerja khidmat penghantaran selama setahun menerusi Pelan 2 SKSPS sebagai perlindungan terhadap bencana pekerjaan.
"Dianggarkan terdapat lebih 1,000 pekerja khidmat penghantaran termasuk pembeli-belah peribadi di negeri ini.
"Pada program hari ini, dijangka lebih 400 pekerja yang mendaftar. Kita harapkan lebih ramai lagi yang akan mendaftar dengan pendaftaran dibuka bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini dan ia terbuka sama ada kepada mereka yang bekerja sendiri atau menggunakan platform aplikasi pembekal (seperti Foodpanda)," katanya.
Farihah berkata antara faedah yang akan diterima ialah kemudahan perubatan percuma di mana-mana kilnik panel Perkeso atau hospital kerajaan, faedah Hilang Upaya Sementara dengan bayaran sebanyak RM41.33 sehari iaitu 80 peratus daripada pendapatan bulanan yang diinsurans mengikut pelan caruman.
Sementara itu, seorang penghantar makanan Khasfi Rosli, 21, berkata beliau mempunyai kesedaran untuk mendaftar SPS Lindung setelah ditimpa kemalangan pada Jumaat lepas di Jalan Budiman di sini ketika dalam perjalanan mengambil makanan untuk dihantar kepada pelanggan, yang menyebabkan tulang belakangnya patah.
"Saya baru sahaja menjadi penghantar makanan kira-kira sebulan yang lepas namun kini tidak dapat bekerja pula.
"Sejak kemalangan itu, saya baru terfikir betapa pentingnya kami dalam kalangan penghantar makanan mempunyai caruman dengan Perkeso apatah lagi di bawah SPS Lindung yang menawarkan caruman secara percuma," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021

Farihah Che Husin berkata sebagai contoh, dianggarkan terdapat kira-kira 6,000 nelayan di Terengganu dan masih ramai dalam kalangan mereka yang belum mencarum. - Bernama
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Terdapat keperluan wujud akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Lebih 2,000 pekerja sendiri sektor pengangkutan di Terengganu mencarum SKSPS
Perkeso Terengganu yakin masih ramai pekerja sendiri dalam sektor tersebut belum mencarum di bawah SKSPS.

PKP 3.0 beri kesan kepada B40 dan buruh di Kelantan - ADUN Kok Lanas
PKP 3.0 yang dilaksanakan hari ini bakal memberi kesan kepada golongan B40, peniaga, bekerja sendiri dan buruh di Kelantan.

Masih ramai individu bekerja sendiri di Terengganu belum mencarum dengan Perkeso
Setakat tahun lepas, hanya 3,924 individu bekerja sendiri dari pelbagai sektor telah mencarum di bawah SKSPS Perkeso.

Lebih 50 peratus pencarum KWSP berumur 54 tahun simpan kurang RM50,000
Menurut KWSP, secara keseluruhan hanya 34 peratus pencarum aktif KWSP mencapai tahap simpanan asas mengikut umur.

Potongan caruman Perkeso babit 3,879 nelayan pada 15 Ogos ini
Potongan caruman Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan 3,879 nelayan zon A iaitu pemilik dan awak-awak serta nelayan zon B, C dan C2 (awak-awak) sebanyak RM157.20 pada 15 Ogos ini.

Rakyat Amerika makin hilang selera kerja bawah 'boss' - Laporan
Ramai masyarakat Amerika tidak ingin bekerja di bawah kongkongan majikan dan bekerja sendiri menjadi pilihan utama dalam memilih kerjaya, menurut laporan terbaru daripada syarikat Freshbooks.