KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota khusus kepada semua negara yang bakal menghantar jemaah haji ke tanah suci Makkah pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Namun, beliau berkata pelaksanaan ibadah haji akan tetap diteruskan dan ia pastinya menjadi berita gembira buat umat Islam di seluruh dunia.
"Saya mengambil peluang untuk perjelaskan kerungsingan headline daripada beberapa petikan akhbar mengenai tiada penambahan kuota haji.
"Tiada keputusan rasmi yang dibuat dan ia bukan hanya melibatkan negara kita semata-mata, tetapi semua negara yang bakal menghantar jemaah haji dan penantian untuk melaksanakan ibadah ini pada tahun ini, Insya-Allah bakal dilaksanakan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan sentiasa mengikuti perkembangan positif daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kuota ibadah haji bagi umat Islam di Malaysia.
Idris berkata dengan prestasi membanggakan TH dalam pengurusan jemaah haji sehingga menjadi penanda aras di rantau Asia, beliau optimis umat Islam di negara ini dapat menunaikan ibadah berkenaan pada tahun ini.
"Pastinya saya mengharapkan penambahan kuota berbanding sebelum ini supaya lebih banyak peluang diberikan kepada umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT," katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata beliau telah memperoleh pelbagai maklumat terperinci ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Arab Saudi.
Katanya beliau berpeluang melihat sendiri bagaimana kerajaan Arab Saudi sedang berusaha bagi mempersiapkan segala keperluan untuk menyambut jemaah haji dari seluruh dunia.
"Namun, hakikat yang perlu kita ketahui, masih banyak lagi operasi yang secara langsung melibatkan industri di sana tidak beroperasi sepenuhnya seperti pembukaan hotel dan rumah penginapan, restoran dan tempat makan dan minum dan beberapa lagi operasi perniagaan yang tidak dibuka sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Pelaksanaan ibadah haji akan tetap diteruskan dan ia pastinya menjadi berita gembira buat umat Islam di seluruh dunia. - Gambar fail/ Bernama

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Ezam Mohd Nor, Mazlan Ismail sah sertai Pas
Idris berkata, kedua-dua figura itu merupakan sahabat lama dan sentiasa berhubung walaupun berbeza perjuangan dalam arena politik.

Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.

'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.

Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti PRN di enam negeri.

Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Katanya, pihak yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.

Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.

'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.

'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.

PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).