MELAKA: Masjid Assa'adah Pengkalan Batu, di sini, yang boleh memuatkan kira-kira 150 jemaah kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) kini melakar sejarah tersendiri apabila solat sunat tarawih dihadiri lebih 400 jemaah.
Pengerusinya, Datuk Amzah Osman berkata, terharu dan sebak melihat situasi itu selepas dua tahun berada dalam pandemik COVID-19 dan tahun ini pertama kalinya jemaah dapat merapatkan saf dan boleh memuatkan lebih ramai termasuk kanak-kanak serta jemaah wanita.
"Ini nikmat yang dinanti-nantikan sejak pandemik kita terpaksa berdepan dengan kawalan dan SOP ketat akibat COVID-19.
"Kali ini sangat berbeza kerana masing-masing rindu nak solat rapatkan saf," katanya.
Jendela Ramadan
Tambahnya, berharap momentum jemaah yang hadir ke masjid bertambah baik dan bukan semakin berkurangan terutama akhir Ramadan nanti.
Ujarnya, turut membuat persediaan awal dengan menyediakan lebih 40 sukarelawan bagi melancarkan perjalanan solat sunat itu dan memastikan jemaah yang hadir tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka.
"Tarawih tahun lalu kanak-kanak pun tidak dibenarkan dan tahun ini memang catat sejarah kerana kanak-kanak berpeluang mengimarah masjid sepanjang Ramadan ini," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Apr 02 2022

Jemaah pelbagai lapisan umur hadir sebelum solat sunat tarawih. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Masjid Assa'adah lakar sejarah 400 jemaah hadir tarawih
Tahun ini pertama kalinya jemaah dapat merapatkan saf dan boleh memuatkan lebih ramai termasuk kanak-kanak serta jemaah wanita.