GUA MUSANG: Aktiviti solat tarawih di Masjid Buluh, Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan tergendala apabila masjid itu rosak dipukul ribut pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, terdapat seramai 50 orang jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Asar.
Pengerusi Masjid Buluh, Ibrahim Mat berkata, dia menyedari struktur masjid dipukul ribut selepas dimaklumkan oleh seorang pekerja masjid pada jam 4.15 petang.
Katanya, hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung masjid itu tercabut.
"Memang malam ini kita sudah rancang untuk memanggil imam seorang hafiz untuk mengerjakan solat tarawih di sini.
"Disebabkan kejadian ini telah berlaku dan bekalan elektrik terputus, maka malam ini kita terpaksa batalkan solat tarawih sehingga malam esok. Kita juga akan adakan mesyuarat tergempar tengah hari esok.
"Kita tengoklah kalau perlu kita buat sambungan sementara. Ini menyebabkan masalah juga sebab ramai musafir yang singgah. Jadi dia nak mengerjakan solat, ke tandas, jadi kita bincang esok," katanya pada Sabtu.
Selain bumbung, kejadian itu menyebabkan kerosakan kepada tiang bangunan di bahagian jemaah lelaki dan tempat mengambil wuduk wanita.
Susulan itu solat tarawih terpaksa dibatalkan apabila karpet didapati basah dan bekalan elektrik juga terputus.
Jendela Ramadan
Menurut Tok Siak, Ali Che Hak, sebelum kejadian keadaan angin sangat kuat di kawasan itu.
"Dalam jam 4 petang, sebelum Asar, berlaku angin mari ikut sini, kita tengok angin tempias sampai dalam.
"Kita gerunlah tengok, dengan angin kuat dalam keadaan sekejap angkat naik. Kita hanya dapat tengok sahaja, tak boleh buat apa-apa," katanya.
Menurut bendahari Masjid Buluh, Amran Abdullah, ubah suai pada masjid berkenaan baharu sahaja siap dua minggu lepas.
"Tahun ini sahaja, dua minggu lepas baru siap. Kena pula hari ini.
"Sebelum ini kami membelanjakan RM8,000 bagi dewan muslimat, dan RM10,000 serta RM6,000 bagi ubah suai lain," katanya.
Kos kerosakan masjid dianggarkan bernilai RM50,000.
Masjid Buluh merupakan antara masjid yang menjadi tarikan di Gua Musang kerana seni pembuatannya daripada buluh dan menjadi masjid transit bagi pengguna lalu lintas yang melalui jalan Gua Musang ke Kuala Krai.
Selain tempat persinggahan, masjid berkenaan turut menjadi tarikan pelancongan di Gua Musang.
Muhafandi Muhamad
Sat Apr 02 2022

Selain bumbung, kejadian itu menyebabkan kerosakan kepada tiang bangunan di bahagian jemaah lelaki dan tempat mengambil wuduk wanita. - Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Masjid Buluh rosak dipukul ribut
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung masjid itu tercabut.