KOTA BHARU:Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan kesemua masjid, surau dan musalla di kawasan sekitar Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah di Pasir Puteh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ditutup.
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pada masa sama, arahan pelaksanaan penutupan masjid, surau dan musalla yang terletak dalam kawasan Kluster Mengketil dan Istana Negeri Kubang Kerian juga masih berkuat kuasa hingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Beliau berkata bagaimanapun, empat jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang masih dibenar mengadakan solat Jumaat, fardu dan aktiviti di masjid dan surau, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) berkuat kuasa hari ini hingga 20 Dis.
"Bagi jajahan Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang, solat Jumaat, fardu dan aktiviti di masjid serta surau dibenarkan sebagaimana garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah diumumkan kerajaan.
"Perkara ini juga telah mendapat perkenan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi membendung COVID-19 di negeri ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Temenggong Kelantan itu juga berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama semua pihak dalam melaksanakan ketetapan tersebut.
"Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin selain terus berdoa agar segala usaha dan langkah yang diambil akan diperkenankan oleh Allah SWT supaya wabak COVID-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat oleh-Nya," katanya.
Semalam, Kelantan merekodkan 35 kes baharu positif COVID-19 iaitu angka tertinggi setakat ini menjadikan kes aktif keseluruhan sebanyak 436 kes.
Kesemua kes baharu itu adalah kontak rapat Kluster Huma membabitkan remaja dan warga emas daripada Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah sekali gus menyebabkan kawasan itu dikenakan PKPD hingga 20 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020

Anggota polis mengawal pintu masuk Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah di Pasir Puteh, selepas 100 penghuni madrasah itu dikenakan PKPD bermula Sabtu, ketika tinjauan 6 Dis, 2020. --fotoBERNAMA

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.