PUTRAJAYA: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menubuhkan satu pasukan khas, yang dikhususkan untuk menyelaraskan proses penerimaan vaksin COVID-19 ke Malaysia, kata Ketua Pegawai Operasinya Mohd Zulkefly Ujang.
Beliau berkata pasukan itu ditubuhkan dua bulan lepas dan dianggotai 30 individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan vaksin.
"Pasukan ini akan menguruskan vaksin COVID-19 yang akan tiba pada Ahad dan pada fasa-fasa seterusnya, mereka telah diberikan latihan secukupnya untuk mengendalikan vaksin," katanya kepada Bernama.
MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd, yang diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ahad ini (esok), Malaysia akan menerima sebanyak 312,390 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech menjelang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa, bermula 26 Feb ini.
Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan, bersama-sama petugas barisan hadapan.
Mohd Zulkefly berkata, kepakaran MASkargo dalam mengendalikan vaksin telah diiktiraf, kerana hampir setiap hari menguruskan proses penerimaan pelbagai jenis vaksin di negara ini.
"Kita urus pelbagai jenis vaksin bukan sahaja COVID-19, kalau vaksin itu perlu disimpan dahulu di KLIA, kita juga ada fasiliti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021

Kepakaran MASkargo dalam mengendalikan vaksin telah diiktiraf, kerana hampir setiap hari menguruskan proses penerimaan pelbagai jenis vaksin di negara ini. - Gambar hiasan
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Penyelidik UTeM berjaya cipta kaki palsu cetakan 3D, lebih ringan, selesa
Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencipta kaki palsu cetakan 3D yang mempunyai pelbagai ciri terkini berbanding produk kaki palsu konvensional di pasaran.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

MASkargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin COVID-19 Sinovac
Pesawat Malaysia Airlines MH318 yang membawa envirotainer mengandungi vaksin jenis Sinovac, akan tiba di KLIA pagi esok.

MASkargo tubuh pasukan khas selaras proses penerimaan vaksin COVID-19
Pasukan itu ditubuhkan dua bulan lepas dan dianggotai 30 individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan vaksin.

MASkargo laksana persiapan rapi penerimaan vaksin Pfizer-BioNTech
Beberapa siri latihan membawa vaksin dengan suhu ultra sejuk -70 darjah Celsius telah dijalankan sejak lima bulan lepas bagi memastikan keberkesanan vaksin tersebut tidak terjejas.