BEKAS peserta Masterchef Malaysia musim pertama, Nik Michael Imran telah selamat bernikah dengan pasangannya, Siti Nadiah Shahril.
Nik Michael dan Siti Nadiah sah bergelar suami isteri sekitar jam 9 malam Isnin di kediaman keluarga pengantin perempuan di Mines, Sri Kembangan.
Bagaimanapun, chef selebriti ini tidak mengundang pihak media ke majlis pernikahan malam tadi dan persandingannya pada hujung minggu ini.
"Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam Isnin bersifat intim, peribadi dan sangat kecil.
“Teman Chef saya pun ada yang tak dapat undangan. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan, bukannya bekerja.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami," katanya.
Dalam pada itu, Nik Michael sempat berkongsi cerita mengenai detik perkenalannya dan isteri pada tahun 2005.
"Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama.
“Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya," ujarnya.
Menurut laporan Berita Harian Online, pasangan pengantin baru ini kini berada di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.
Gempak
Tue Nov 24 2015

Nik Michael dan Siti Nadiah sah bergelar suami isteri sekitar jam 9 malam Isnin di kediaman keluarga pengantin perempuan di Mines, Sri Kembangan. - Foto Astro Gempak

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.

Tak pernah bercinta, Redza Rosli terus ajak Bella Hanna beli cincin dan lamar
Redza memberitahu dia mengajak Bella ke kedai emas untuk membeli cincin sebelum masing-masing meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati.

Dengan sekali lafaz, Redza Rosli kini suami hos Hlive, Bella Hanna
Pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan aktres dan hos program Hlive, Bella Hanna dengan sekali lafaz pada petang ini.

Pasangan terpendek di dunia berkahwin
Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.

Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.

Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang
Pertahanan sayap kebangsaan, Matt Davies, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Jenna Vivian.

Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.

Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami
Ada beberapa hal yang sempat dikongsikan oleh penyanyi Nabila Razali sebaik sahaja statusnya berganjak dari tunangan orang kepada seorang isteri.

Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen
Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.