LUMUT: Pandemik COVID-19 yang melanda dunia tidak menghalang semangat kerjasama dan diplomasi pertahanan di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama-sama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA).
Kerjasama itu dibuktikan menerusi pelaksanaan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 di sekitar perairan Selat Melaka, baru-baru ini.
Eksesais bilateral tahunan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini berlangsung selama tiga hari mulai Khamis hingga semalam (Sabtu).
Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut pada Ahad, eksesais yang wujud sejak tahun 2002 ini bertujuan memperkukuhkan interoperability (saling kebolehoperasian).
Selain itu, eksais berkenaan juga mewujudkan kerjasama strategik pertahanan maritim melalui kaedah perkongsian idea dan kepakaran di lapangan.
"Mendepani pandemik, kedua-dua angkatan laut terus mempamerkan komitmen menerusi penglibatan 3 buah aset oleh TLDM, iaitu KD LEKIU, KD JEBAT serta helikopter SUPER LYNX.
"Dan empat buah aset oleh TLDA iaitu HMAS CANBERRA, HMAS ANZAC serta helikopter CH47 dan MH-60S dari Australian Maritime Task Group.
"Turut serta menjayakan eksesais adalah 2 buah pesawat F/A 18D dan 2 buah pesawat HAWK TUDM," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, beberapa siri latihan telah direalisasikan membabitkan peperangan anti-serangan udara, anti-kapal selam, penembakan sasaran permukaan, manuvra taktikal dan pengoperasian bot.
Di samping itu, kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut.
"Secara keseluruhan eksesais kali ini berjaya memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
"TLDM akan terus komited memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut sahabat dalam memacu ketersediaan warga untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada bila-bila masa,"kata kenyataan itu lagi.
Aida Aziz
Sun Sep 05 2021
Eksesais bilateral tahunan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 berlangsung di sekitar perairan Selat Melaka bermula Khamis dan berakhir semalam. - Gambar ihsan MINDEF
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
MASTEX 2021: Pandemik bukan penghalang kerjasama, diplomasi pertahanan
Eksesais bilateral tahunan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 di sekitar perairan Selat Melaka berakhir semalam.