SUKAN boling padang negara seakan-akan mendapat sinar baharu selepas kejayaan gandingan Nur Ain Nabilah-Aleena Ahmad Nawawi bergelar juara dunia baru-baru ini.
Kejayaan yang dicipta mereka di bumi Gold Coast, Australia itu bagaikan satu magis sehingga membuka mata ramai pihak khususnya pemegang taruh sukan tanah air.
Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz berkata, pencapaian hebat yang dijelmakan Nabilah-Aleena itu membuktikan pihaknya sudah kembali menuai hasil positif.
Malah, Awal tanpa berselindung berharap kejayaan Nabilah-Aleena muncul juara dunia membuka pintu buat sukan boling padang kembali berada dalam Program Podium.
“Saya telah dimaklumkan oleh YB (Yang Berhormat) Menteri (Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau sedang meneliti semula Program Podium ini.
“Sudah tentu amat penting untuk kita kembali dalam Program Podium kerana ia mempunyai struktur sistem sokongan yang sangat baik.
“Saya berharap (boling padang) diserap semula dalam Program Podium kerana semuanya sudah tersedia dalam program ini termasuk tempat tinggal, makan dan minum serta latihan kepada atlet,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan kepulangan skuad boling padang negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada Isnin.
Mengulas lanjut, Awal berharap perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja pada Disember depan berakhir positif dengan kemasukan semula boling padang ke Program Podium.
“Kita mempunyai potensi untuk sapu bersih (pingat) pada temasya Sukan SEA kerana selama ini kita antara penyumbang pingat terbanyak kepada kontinjen negara.
“Kita jangkakan boling padang dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025. Kita juga sudah berbincang dengan Persekutuan Lawn Bowls Thailand dan mereka yakin acara boling padang dipertandingkan.
“Jadi saya melihat ada kepentingan boling padang dimasukkan semula dalam Program Podium sebagai persediaan kita menghadapi kejohanan akan datang termasuk Sukan SEA,” jelasnya.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan pemberian insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sebagai menghargai kejayaan Nabilah-Aleena mengharumkan nama negara pada kejohanan itu.
“KBS sangat gembira dengan kejayaan mereka. Saya nak umumkan Shakam yang akan diberikan buat Nur Ain dan Aleena ialah RM80,000, jadi setiap seorang akan memperoleh RM40,000,” ujarnya.
Nabilah-Aleena muncul selepas menewaskan gandingan Malta, Rebecca Rixon-Connie Leigh Rixo 15-11 pada aksi final acara pairs wanita, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun Malaysia meraih pingat emas di pentas dunia.
Insentif wang tunai berjumlah RM10,000 seorang masing-masing buat gandingan Idham Amin Ramlan-Izzat Dzulkeple yang memenangi pingat gangsa dalam acara pairs lelaki pada Kejohanan Dunia itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 13 2023

Hannah (tengah) menyambut kepulangan Nabilah dan Aleen di KLIA2 pada Isnin. - Foto BERNAMA, gambar kecil: Awalan Abdul Aziz

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

MSN semak semula elaun jurulatih, atlet para badminton
Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyemak semula pemberian elaun kepada jurulatih dan atlet para badminton yang berada dalam Program Podium.

Objektif Program Podium belum tercapai - Laporan Ketua Audit
Objektif utama Program Podium Sukan Elit (Program Podium) yang dilancarkan pada 2 Feb 2016 untuk membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Olimpik masih belum tercapai.

Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.

Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium
Peluang kedua tetap diberikan kepada mereka berdua untuk diserap ke dalam Program Podium, andai menampilkan prestasi terbaik selepas ini.

Kerajaan tidak tentukan status kontrak atlet secara silo - Ahmad Faizal
Jika peranan itu diambil alih, sudah pasti ia akan menimbulkan kesan tidak baik terhadap ekosistem pembangunan sukan tanah air.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

KBS beri lampu hijau kepada MSN
Semua atlet akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.

Program Podium: Beberapa sukan, atlet bakal disingkir
Prestasi dan pencapaian 148 atlet dalam program tersebut akan dinilai dalam masa terdekat selepas berakhirnya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.

Doping: Badang negara mahu cabar sampel B
Seorang atlet angkat berat negara gagal ujian doping yang dilakukan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum berlangsung Sukan Komanwel 2018.