KUALA LUMPUR: Kerajaan dan masyarakat dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan banjir secara berkesan meskipun bencana itu diramal boleh berlaku pada bila-bila masa.
Pakar Air, Tenaga, Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana, Prof Luqman Chuah Abdullah@Chuah Teong Guan berkata, ini berdasarkan kepada beberapa faktor.
Antara lain, kerana kesedaran terhadap bencana banjir dalam kalangan masyarakat yang masih kurang memuaskan; kurang sensitif kepada keadaan dan perubahan cuaca; dan sikap terhadap penjagaan hak alam sekitar yang juga masih rendah.
BACA SEMUA PERKEMBANGAN BANJIR DI SINI.
Selain itu tambahnya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula dilihat hanya tertumpu kepada pembangunan tanpa keprihatinan kepada impak alam sekitar yang menyebabkan banjir.
"(Pihak PBT) kurang sensitif kepada kawasan simpanan air dengan dataran banjir. Kawasan itu, (sebaliknya) ditukarkan untuk menjadikan kawasan pembinaan.
"Ini menjadikan saliran air tersekat semasa banjir. Itu telah menunjukkan kesedaran kita dan kerajaan tempatan kurang sensitif terhadap masalah tersebut," jelasnya ketika bersiaran dalam program Pantau Kerajaan Baharu terbitan Astro AWANI.
Luqman juga mengatakan bahawa cadangan untuk mengadaptasi kaedah pengurusan banjir yang dilaksanakan oleh negara seperti Belanda juga tidak bersesuai dengan keadaan Malaysia.
"Salah satu idea mereka untuk mengelakkan daripada kawasan banjir adalah melalui perancangan bandar tersebut. Tetapi ini sangat susah untuk dilakukan.
"Sebagai contoh Kerajaan Belanda, mereka melakukan kajian hidraulik dan mereka mengumpulkan data-data mengenai kawasan yang dikategorikan sebagai dataran banjir. Apa yang mereka buat, mereka tidak bangunkan kawasan yang berisiko banjir.
"Sebaliknya dibiarkan dan tidak ganggu. Oleh itu, sukar untuk dilakukan dalam konteks pembangunan bandar kita. Ini memandangkan kita tidak mengambil kira hal ini dalam pembangunan awal," ujarnya.
Apa yang lebih praktikal untuk dilaksanakan ialah mewujudkan sistem penggera dan amaran. Untuk itu, Luqman menegaskan supaya ada kerjasama antara Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Tindakan ini untuk memantau cauaca dan paras air.
Selain itu adalah dengan meningkatkan peruntukan dan perancangan untuk pendalaman sungai, tasik dan sebagainya, selain menambah kekerapan selenggara rumah pam.
Irfan Faruqi
Sun Dec 11 2022

Kesedaran terhadap banjir dalam kalangan masyarakat masih kurang memuaskan, kata Pakar Air, Tenaga, Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana - Foto Fail/Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.