Ketiadaan kemeriahan bazar Ramadan ekoran penularan COVID-19 di seluruh dunia sememangnya dirasai.
Bukan sahaja bagi masyarakat beragama Islam, malah turut dirasai komuniti bukan Islam, lebih-lebih lagi di Sarawak.
Tradisi bazar Ramadan di sini bukan sahaja menghimpunkan pelbagai jenis juadah yang unik malah sudah menjadi medan mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai bangsa dan agama.
Biarpun kini platform digital menerusi e-bazar diwujudkan namun kemeriahannya tetap berbeza dan rata-rata warga Bumi Kenyalang yang ditemui mengharapkan agar suasana kembali seperti sediakala.
Bagi Martino Unjan Mohamaddin, sambutan bulan Ramadan yang diserikan dengan kemeriahan bazar sentiasa dinanti-nantikan namun dia akur dengan situasi ketika ini.
“Apabila tiba bulan Ramadan, pastinya ada pelbagai jenis kuih-muih yang hanya dijual di bulan mulia ini dan kuih-kuih ini yang saya nantikan.
“Tetapi untuk tahun ini, tidak mengapa kerana kita perlu sama-sama pastikan virus ini dapat dihapuskan sepenuhnya,” ujarnya.
Seterusnya bagi seorang peniaga Pamela Grace Vincent yang ditemui berkata, sebagai seorang pengunjung tegar bazar Ramadan, pastinya tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.
“Setiap tahun saya mengunjungi bazar Ramadan dan tahun ini sangat berbeza daripada tahun sebelumnya dan sunyi.
“Sama-samalah kita berdoa agar keadaan kembali pulih seperti dahulu dan semoga Ramadan tahun ini tetap meriah bagi semua umat Islam yang meraikannya,” tambah Pamela.
Sementara bagi seorang pekerja swasta, Mercy Jane Watt Gerunsin, biarpun tiada kemeriahan bazar Ramadan, platform e-bazar juga boleh digunakan sebaiknya untuk membeli juadah berbuka puasa.
“Kemeriah Ramadan bukan terletak kepada kepelbagaian juadah di bazar semata-mata, malah kita boleh mencipta kemeriahan itu.
“Dengan adanya platform dalam talian seperti e-bazar, kita tetap boleh membantu peniaga untuk memasarkan produk mereka cuma kaedahnya berbezalah,” katanya ketika ditemui di Kuching.
Kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada 23 April menetapkan peniaga makanan di Sarawak yang ingin beroperasi sepanjang bulan Ramadan hanya dibenarkan untuk berbuat demikian secara dalam talian melalui e-bazar.
Bagaimanapun kesemua operasi ini hanya terhad daripada jam 7 pagi sehingga 7 petang.
Astro Awani
Sat Apr 25 2020

Tradisi bazar Ramadan bukan sahaja menghimpunkan pelbagai jenis juadah yang unik malah sudah menjadi medan mengeratkan silaturahim masyarakat pelbagai bangsa dan agama. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.

RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.

Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.

"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.

Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.

Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak

Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.

COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.

JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.

COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.