Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan itu berkata Wilayah Persekutuan menjadi simbol kepada kemakmuran Malaysia.
"Hari ini kita memperingati penubuhan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan bukan sahaja pusat kepada pembangunan negara, tetapi juga simbol perpaduan dan kemakmuran Malaysia," katanya.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21 sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini bertemakan 'Wilayah Persekutuan Kita'.
-- BERNAMA