GEORGE TOWN:Rata-rata masyarakat Pulau Pinang gembira dan menyambut baik tindakan Kerajaan Persekutuan semalam, yang memutuskan untuk meneruskan perkhidmatan feri di negeri ini seperti biasa.
Pengguna perkhidmatan feri yang merupakan petugas kesihatan di sektor kerajaan Eng Zei Pei, 32, berkata, berita tersebut nyata memberi kelegaan kepadanya, kerana perkhidmatan feri sejak 126 tahun itu seharusnya dipelihara dan dijadikan sebagai lambang tarikan pelancongan di negeri ini, sampai bila-bila.
"Siapa tak sedih kan kalau lambang ikonik negeri ini ditamatkan perkhidmatannya. Bagi saya, satu kerugian besar. Tapi, sekarang lega, ini (keputusan kerajaan) saya rasa adalah satu keputusan yang mengambil kira semua pandangan, baguslah," katanya yang menjadikan pengangkutan laut itu sebagai alternatif utama setiap kali ingin menyebarang pulau.
Terdahulu, tinjauan Bernama hari ini di terminal feri Pengkalan Sultan Abdul Halim dekat Butterworth, mendapati kenderaan masih berpusu-pusu menggunakan perkhidmatan feri berkenaan untuk ke seberang pulau.
BACA: Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Seorang lagi pengguna perkhidmatan feri Hazlina Aimi Kamarudin, 28, berkata dirinya kini tidak lagi gusar, kerana baginya menggunakan perkhidmatan feri sememangnya lebih cepat, tambahan tempat kerjanya berdekatan dengan terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay dekat sini.
"Kalau tamatkan (perkhidmatan) feri susahlah, kena ulang alik naik jambatan (Pulau Pinang) adalah perkara yang ingin dielakkan, sebab tempat kerja saya dekat dengan terminal feri belah (sebelah) pulau.
"Tapi dah kata diteruskan, saya rasa lega sangat. Bagi saya kalau guna feri ni memang jimat masa sekitar 20 minit sahaja, berbanding guna jambatan," katanya yang tinggal dekat Bagan Luar, Butterworth dan bekerja sendiri.
Sementara itu, D. Veerapan, 68, menganggap bahawa penggunaan perkhidmatan feri di negeri ini adalah sebagai satu langkah keselamatan buat pengguna, lebih-lebih lagi bagi penunggang motosikal.
"Naik kereta pun selamat, tiada kesesakan, eloklah jika (perkhidmatan feri) diteruskan balik," katanya yang merupakan pesara kerajaan.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan, perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Jan ini, manakala feri sedia ada pula hanya digunakan sebagai medium pengangkutan bagi pengguna basikal dan motosikal.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat semalam berkata, PPSB akan 'disyaratkan' untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikonik dan warisan, di negeri itu buat masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020

Perkhidmatan feri masih lagi menjadi pilihan ramai di Pulau Pinang, bukan saja kerana aspek keselamatan malah nilai identitinya yang ikonik dengan negeri itu. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.

Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.

Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.

Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.