KUALA LUMPUR: Himpunan 'Freedom For Palestine' di Dataran Merdeka di sini hari ini, bukan sahaja mendapat sokongan daripada kaum Melayu, malah masyarakat Cina dan India turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel.
Himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel.
Bukan itu sahaja, rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan tanda solidariti mereka.
Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan atau Arul berkata, isu Palestin adalah isu paling serius dalam dunia hari ini.
Menurutnya, jika dunia boleh selesaikan isu Palestin, keamanan boleh dicapai.
"Ini merupakan antara penjajahan paling lama yang perlu ditentang sekerasnya. Perlu ada solusi politik daripada solusi ketenteraan.
"Saya lihat isu ini bukan isu agama, tapi mengenai penindasan yang memerlukan kita bersolidariti dengan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Israel," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Sementara itu, ahli perniagaan, K C Low, 53, yang hadir ke himpunan ini bersama isterinya berkata, penindasan ini mengenai kemanusiaan.
Jelasnya, lihat apa yang terjadi pada kanak-kanak dan seluruh rakyat Palestin, negara mereka dikawal oleh Israel.
"Israel tidak wujud, mengapa perlu kacau dan ceroboh tanah Palestin. Kami mahukan kebebasan dan keadilan untuk isu ini," katanya.
Selain itu, K Thana Letchumi, 30, berkata, dia hadir ke himpunan ini bersama rakan sebagai tanda sokong terhadap rakyat Palestin yang ditindas.
"Apa yang berlaku, tanah Palestin dibom dan diserang dengan sangat teruk.
"Ini bukan soal agama, ini soal kemanusiaan. Tindakan Israel adalah satu serangan yang sangat teruk dan inilah kekejaman mereka," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 22 2023
![Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697950156_FreedomForPalestin.jpg)
Himpunan 'Freedom For Palestine' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula jam 10 pagi hari ini. - Foto Sinar Harian
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737793971_tblawanrasuah.jpg)
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
![Anwar tiada masalah dengan Himpunan Rakyat Benci Rasuah, tapi gesa bersifat adil Anwar tiada masalah dengan Himpunan Rakyat Benci Rasuah, tapi gesa bersifat adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737704181_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
![Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736957320_TBaaronarodagang.jpg)
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
![Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693435688_TBAmbangMerdeka.jpg)
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Seniman jalanan cekal cari rezeki Seniman jalanan cekal cari rezeki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712752258_TBkostum.jpg)
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
![Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712448064_IftarKL.jpg)
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
![Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700112197_TBDataranMerdekaP.jpg)
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
![LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658853105_TBLTAT.jpg)
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
![Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697950156_FreedomForPalestin.jpg)
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.