Nak selamatkan diri daripada dicekup polis, seorang mat gian veteran berusia 62 tahun tak sengaja tertelan gigi palsu.
Insiden berlaku di sebuah kebun kelapa sawit di Kilang Kechil, dekat Pendang, petang Isnin.
Ketika kejadian, mat gian terbabit dan beberapa lelaki lain sedang menagih di tempat dikenali sebagai 'port mandu', dan tanpa disedari mereka diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang.
Akibat terkejut, mat gian terbabit lari lintang pukang dan tersungkur ke dalam longkang.
Dia kemudian berjaya ditahan pihak berkuasa.
Lelaki itu yang mempunyai lima orang cucu mengakui sudah lebih 10 tahun menagih dadah, dan kini masih berada di bawah pengawasan AADK.
"Pak cik ke sini nak ambil ubat, kawan yang bawa motor tadi, terkejut diserbu polis tadi lari jatuh tak sedar tertelan gigi,
"Nak buat macam mana, sekali dah terkena, saya cakap dengan isteri nak pergi kerja, tapi saya mai (datang) sini nak beli dadah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim memaklumkan kebanyakan penagih yang ditahan adalah mereka yang berjaya meloloskan diri dalam operasi sebelum ini di kawasan port kebun getah di Kampung Paya Kerchut.
Menurut beliau daripada 11 orang yang ditahan, tiga daripada mereka memiliki dadah jenis heroin.
Hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka positif dadah jenis heroin.
Dalam operasi itu juga polis turut merampas lima tiub straw dan dua paket plastik kecil berisi heroin..
Jelasnya, tiga suspek yang memiliki dadah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Sementara lapan lain yang ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 13 2018

Mat gian berusia 62 tahun ini antara 11 yang ditahan dalam operasi di sebuah kebun kelapa sawit di Kilang Kechil, dekat Pendang - Foto Astro AWANI/ADIE SUFFIAN ZULKEFLI

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.

'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.

Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.

Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.