SHAH ALAM: Bangsa Melayu di negara ini perlu mengambil semangat Mat Kilau agar mereka bebas dari cengkaman para pendusta bangsa.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah itu perlu bagi mengembalikan heroisme sebenar kepimpinan Melayu yang anti rasuah, anti pengkhianatan dan mengembalikan erti maruah sebenarnya.
Menurutnya, rakyat perlu membebaskan diri dari minda terkepung dikongkong sikap prejudis kepada semua orang termasuk dalam kalangan anak bangsa Melayu.
“Yang mengepung minda Melayu ialah para elitis politik Melayu yang berterusan menunggang kaum dan agama untuk mencapai kerakusan haloba dunia mereka,” katanya menerusi facebook pada Sabtu.
Mujahid berkata, Mat Kilau telah menjadi fenomena dengan sedikit sentuhan seni dan karya sutradara berkesan, sosok tubuh pemberontak penjajah Inggeris kini jadi wira orang Melayu.
“Filem Mat Kilau muncul di celah ketidakstabilan politik dan keruntuhan nilai serta maruah bangsa gara-gara kepimpinan politik Melayu yang rakus dan berjuang untuk melepaskan diri dari sabitan jenayah rasuah terbesar negara,” katanya
Jelasnya, betapa songsangnya makna hero dalam realiti hari ini apabila orang Melayu mengagungkan perasuah yang terbukti sabit bersalah dengan gelaran Bossku! Apa Malu Bossku?
“Langkah Sheraton yang sarat dengan pembelotan erti kesetiaan dan mandat rakyat diceroboh tanpa rasa bersalah atas nama Melayu,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 16 2022

Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah itu perlu bagi mengembalikan heroisme sebenar kepimpinan Melayu yang anti rasuah, anti pengkhianatan dan mengembalikan erti maruah sebenarnya. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.

Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.

Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.

Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.

PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.

Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.

Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.

Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.

Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.