KUALA LUMPUR: Sekitar pukul 5.57 pagi tadi, karyawan filem veteran, Ahmad Ibrahim atau lebih tersohor dengan panggilan Mat London menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Allahyarham Mat London yang berusia 74 tahun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata anaknya, Salmany Akir Ahmad dalam hantaran di akaun Faceboknya.
"Sesudah laungan azan subuh... Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat," tulisnya.
Pada Khamis, dalam hantaran di Facebooknya juga, Salmany memaklumkan ayahnya mengenai keadaan ayahnya yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)semakin nazak.
"Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar.
"Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan Papa. Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa.
"Malam ini, aku tengok Papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu aku buat untuk Papa.
"Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa," tulisnya.
Jenazah pelakon dan pengarah popular itu juga akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
Allahyarham Mat London sebelum ini dirawat di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.
Media difahamkan, juga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya sangat lemah.
"Papa dimasukkan ke hospital pada 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru selepas mengadu tidak bermaya.
"Selepas dirawat di wad biasa, papa kemudian dipindahkan ke wad pengasingan. Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, papa dipindahkan ke wad ICU untuk pemantauan rapi.
"Dan keadaan bertambah kritikal selepas papa tidak memberi sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan separuh sedar.
"Susulan paras oksigen yang rendah dan kadar degupan jantungnya lemah, papa terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu," katanya menantu Allahyarham, Muhamad Daniel Ahmad..
Tambah Daniel, selain jangkitan paru-paru dan keupayaan jantung untuk mengepam darah sangat lemah, Allahyarham bapa mertuanya juga mengalami masalah buah pinggang.
Astro Awani
Fri Jul 14 2023
Karyawan filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di ICU, Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 5.57 pagi tadi.
[TERKINI] Ranking Times Higher Education: UM kekal kedudukan institusi terkemuka
Universiti Malaya kekal kedudukan institusi terkemuka berdasarkan ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject.
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
FDAM rayu benarkan penggambaran
Ahmad berkata anggaran 50 syarikat penerbitan mengemukakan permohonan penggambaran filem, iklan dan program televisyen setiap bulan sebelum PKP dikuatkuasakan.
Pelakon perlu bijak dan berilmu - Mat London
Pengarah filem dan drama, Dr Ahmad Ibrahim melihat masa depan artis tanah air yang perlu diserap dengan ilmu asas sebagai pelakon.