KLUANG: Polis sudah merakamkan keterangan 20 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki di penjara Kluang di sini pada 28 Jun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu berkenaan terdiri daripada ahli keluarga, lima banduan dalam sel yang sama, doktor serta pakar dan kakitangan penjara.
"Ketika ini pihak polis masih menunggu satu lagi laporan yang memerlukan masa dan ini akan merumuskan hasil siasatan nanti," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini pada Selasa.
Pada 28 Jun lalu, banduan berkenaan, Kim Shih Keat, 36, dijadualkan bebas daripada penjara namun dikejarkan ke sebuah hospital di sini kira-kira jam 7.30 pagi selepas ditemui pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
Menerusi sidang akbar pada 25 Julai lalu, Kamarul Zaman dilaporkan berkata, polis Johor memberi jaminan siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan berhubung kematian Shih Keat, seorang pemilik kedai kopi.
BACA: Siasatan kes kematian banduan: Jabatan Penjara sedia beri kerjasama
Kamarul Zaman berkata, hasil siasatan kes itu adalah berdasarkan laporan bedah siasat dan patologi, yang menjurus kepada sebab kematian individu berkenaan.
Dalam satu sidang media sebelum itu, ahli keluarga kepada Shih Keat memohon agar laporan bedah siasat dan kimia berhubung kematian lelaki berkenaan, dapat didedahkan segera.
Shih Keat dijadualkan bebas daripada penjara setelah menjalani hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM15,000 kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, pada 22 Jun lalu.
Bagaimanapun, keluarga lelaki berkenaan yang dalam perjalanan untuk mengambil Shih Keat, mendakwa mendapat panggilan pada waktu pagi, hari yang sama daripada pengurus rumah mayat yang memaklumkan dia telah pun meninggal dunia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022

Polis Johor pada 25 Julai lalu memberi jaminan siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan berhubung kematian seorang banduan lelaki di Penjara Kluang, bulan lepas. -Gambar hiasan

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran, yang menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran saham AS melonjak selepas penangguhan tarif oleh Presiden Trump
Pasaran saham AS melonjak pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump bersetuju untuk menangguhkan tarif selama sebulan ke atas beberapa kenderaan yang dibina di Amerika Utara. Euro juga mencapai paras tertinggi dalam empat bulan berbanding dolar AS. Indeks Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq semuanya mencatatkan kenaikan yang ketara.
Pasaran hartanah 2024 catat rekod tertinggi - Adakah 2025 akan terus meningkat?
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan di Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan faktor-faktor utama yang mendorong pasaran hartanah mencapai rekod tertinggi pada 2024 dan ramalan untuk 2025. Adakah pertumbuhan ini akan berterusan atau hanya lonjakan sementara? Ketahui lebih lanjut dalam sesi Google Meet ini.
AWANI Pagi: Apirasi wanita - UMPSA perkasa pendidikan tinggi global
Menjelang sambutan Hari Wanita 2025 8 Mac ini, bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias berkongsi keterlihatan golongan wanita dalam membina nama dan kepakaran di institusi pengajian tinggi, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga global.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

'Kami bukan untuk dijual' - PM Greenland
Greenland tidak untuk dijual atau diambil, dan rakyatnya sendiri yang akan menentukan masa depan negara itu.
Apple perkenal MacBook Air baharu dengan cip M4 dan ciri AI di MWC 2025
Apple telah melancarkan model MacBook Air baharu dengan cip M4 terkini dan ciri kecerdasan buatan pada harga $100 lebih rendah daripada generasi sebelumnya. Pre-order bermula Rabu dan tersedia di kedai mulai 12 Mac. Ciri Apple Intelligence membolehkan pengguna menulis emel, mesej, dan menyunting foto dengan akses kepada ChatGPT.

Isu e-waste, penanaman padi perennial tumpuan hari terakhir Dewan Rakyat
Isu berkaitan lonjakan harga produk berasaskan kelapa yang boleh menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan akan dibangkitkan YB Rodziah.

Bongkah ais terbesar dunia terkandas di pulau terpencil Britain
Bongkah ais tersebut dilaporkan tersekat dan dijangka mula pecah di pesisir barat daya pulau itu.

Masters Orleans: Lima lagi wakil negara lolos ke pusingan 16 terbaik
Pearly-Thinaah dan Tang Jie-Ee Wei memulakan cabaran pusingan 32 Masters Orleans di Palais des Sports, Perancis dengan langkah kanan.

Mati di penjara Kluang: Polis rakam keterangan 20 individu
Individu berkenaan terdiri daripada ahli keluarga, lima banduan dalam sel yang sama, doktor serta pakar dan kakitangan penjara.