KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
Ia adalah keputusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang membatalkan Sijil Operator Udara (AOC) No. 40 My Jet.
Pembatalan ASL oleh suruhanjaya adalah mengikut subseksyen 43(3) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], yang menyatakan bahawa jika pemegang lesen perkhidmatan udara tidak lagi memegang AOC yang sah daripada CAAM, ASL yang dikeluarkan kepada mereka hendaklah disifatkan terbatal dari tarikh pemegang lesen perkhidmatan udara yang terhenti daripada memegang AOC.
Dengan pembatalan ASL, My Jet tidak boleh lagi menerbangkan atau menggunakan mana-mana pesawat untuk membawa penumpang, mel atau kargo untuk disewa atau dibayar melalui laluan domestik atau antarabangsa. Jika syarikat penerbangan terus menyediakan perkhidmatan sedemikian, ia boleh melakukan kesalahan di bawah Akta 771.
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata industri penerbangan sentiasa dipenuhi dengan cabaran, dan hanya syarikat yang mempunyai asas komersial yang teguh boleh mengekalkan operasi jangka panjang.
"Proses penilaian suruhanjaya adalah teliti dan tepat, menilai dan menyemak semua permohonan lesen atau permit berdasarkan kriteria tertentu. Suruhanjaya berusaha untuk memastikan hanya syarikat yang memenuhi keperluan ini dibenarkan beroperasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 9 Sept, 2021, suruhanjaya itu meluluskan pembaharuan ASL selama 48 bulan kepada My Jet dari 1 Okt, 2021 hingga 30 Sept, 2025, dengan syarat-syarat khusus yang dikenakan oleh suruhanjaya untuk dipatuhi oleh syarikat penerbangan berkenaan.
Pada 5 Julai, 2023, suruhanjaya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada My Jet disebabkan bimbang mengenai ketidakpatuhannya terhadap syarat-syarat yang disertakan dalam ASL syarikat penerbangan itu. Suruhanjaya mengambil tindakan seterusnya pada 1 Nov, 2023 dengan menggantung ASL My Jet bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 April, 2024.
My Jet, yang sebelum ini dikenali dengan Neptune Air, ditubuhkan pada 1970 sebagai syarikat penerbangan kargo yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan pada 2018, ia menjalani penstrukturan semula dan muncul sebagai My Jet Xpress Airlines.
Beroperasi dari pangkalan utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan kargo serta perkhidmatan pajakan bersama pesawat dan kru atau pajakan untuk pesawat sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Pembatalan ASL oleh suruhanjaya adalah mengikut subseksyen 43(3) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. - Gambar fail/Bernama

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.