AirAsia pada Selasa berkata tidak ada keperluan bagi kumpulan penerbangan itu untuk memberi respons kepada permintaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mendapatkan butiran terperinci mengenai kesesakan yang berlaku pada setiap hari di kaunter imigresen KLIA2.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (CEO), Riad Asmat berkata suruhanjaya itu perlu turun padang bagi melakukan pemeriksaan dan menyiasat isu yang diutarakan.
"Kenapa kita perlu memberi keterangan apabila isu itu telah diketengahkan secara terbuka di media massa dan platform media sosial? Ia hanya membuktikan Mavcom tidak mampu melakukan tindakan, malas dan mengabaikan tanggungjawabnya dalam melindungi hak pengguna penerbangan.
"Ia hanya memerlukan pegawai Mavcom beberapa jam sahaja dari pejabat Kuala Lumpur Sentral untuk melakukan lawatan pantas ke KLIA2 untuk mereka melihat sendiri betapa teruknya keadaan di kaunter imigresen ketika waktu puncak. Mereka boleh datang pada mana-mana hari, kerana ia adalah kejadian harian dan bukan kejadian terpencil seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Riad berkata tiada siapa dari Mavcom termasuk pengerusi eksekutifnya, pernah melawat ibu pejabat AirAsia, RedQ, terletak bersebelahan KLIA2.
Sejak Mei 2018, Mavcom telah mengutip RM1 daripada setiap penumpang udara keluar dari lapangan terbang di Malaysia.
"Dianggarkan bahawa Mavcom telah memperoleh sebanyak RM30 juta, jika tidak lebih daripada itu, menerusi caj perkhidmatan kawal selia. Setakat ini, ia masih belum menerbitkan laporan tahunannya bagi 2018," katanya.
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, ketika mengumumkan kutipan caj perkhidmatan kawal selia sebanyak RM1 oleh syarikat penerbangan bagi pihak Mavcom pada 2017 dipetik sebagai berkata: "Caj kawal selia hanya dibenarkan dikenakan ke atas penumpang, disebabkan perkhidmatan yang diberikan oleh Mavcom kepada mereka, termasuk pengurusan aduan dan aktiviti kesedaran pengguna yang perlu dijalankan dari semasa ke semasa. "
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Bhd, Benyamin Ismail berkata: "Semua rakyat Malaysia perlu memastikan Mavcom bertanggungjawab atas kegagalan mereka dalam menegakkan dan melindungi hak pengguna penerbangan, pengguna telah menyumbang kepada tabung Mavcom untuk membayar gaji lumayan kepada pesuruhjaya dan eksekutifnya.
"Sementara itu, kesesakan imigresen di KLIA2 semakin parah dari hari ke hari, ia memberi kesan buruk kepada penumpang kami. Akibat kecewa, kami menulis surat kepada Mavcom meminta mereka bertindak dan menyelesaikan masalah tersebut."
Benyamin berkata ini bukanlah kali pertama keengganan Mavcom untuk bertindak atas aduan dan isu, dan ia tidak akan menjadi yang terakhir.
Saman RM480 juta yang difailkan AirAsia terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi kerugian operasi di KLIA2 dua minggu lepas adalah disebabkan keengganan Mavcom untuk membuat keputusan berhubung pertikaian itu seperti diminta dalam pemberitahuan AirAsia sebelum ini kepada suruhanjaya itu.
Mavcom juga tidak mahu menjadi orang tengah bagi pertikaian antara AirAsia Group dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkaitan caj perkhidmatan penumpang (PSC), yang telah mendorong Kabinet memutuskan kadar PSC lebih rendah bagi klia2 dan lapang terbang yang lain. Kesemua itu jelas bercanggah dengan Seksyen 75 Akta Mavcom 2015.
"Mavcom akan tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai suruhanjaya yang perlu diberi semua maklumat tanpa perlu berbuat apa-apa walaupun ahli dan pekerjanya dibayar gaji yang lumayan. Mavcom harus ingat ia dibiayai pada jumlah tinggi oleh rakyat namun mereka memilih untuk tidak berkhidmat kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (CEO), Riad Asmat berkata suruhanjaya itu perlu turun padang bagi melakukan pemeriksaan dan menyiasat isu yang diutarakan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.