KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menerbitkan kertas rundingan mengenai cadangan pindaan terhadap Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).
Mavcom dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan-cadangan pindaan terhadap MACPC termasuk perlindungan berkaitan bayaran balik, hak-hak penumpang, pas perjalanan serta penerbangan yang dikeluarkan daripada sistem tempahan syarikat penerbangan disebabkan pembatalan penerbangan.
Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata suruhanjaya itu buat pertama kalinya telah menganjurkan webinar penerbangan antarabangsa pada 28 Jun 2022, ia membincangkan perkembangan terkini mengenai perlindungan penerbangan global serta trend masa hadapan bersama-sama barisan pakar daripada industri penerbangan dan perlindungan pengguna sedunia.
Webinar berkenaan serta penglibatan bersama pihak berkepentingan dan analisis dilakukan terhadap aduan yang dikemukakan kepada Mavcom telah memberikan cadangan mengenai perkara-perkara dalam MACPC yang perlu diperhalusi dan ditambah baik, katanya.
Sejak MACPC berkuat kuasa pada tahun 2016, syarikat-syarikat penerbangan dikehendaki membayar balik pengguna penerbangan sekiranya penerbangan dibatalkan atau pelan penerbangan diubah dengan ketara.
Salah satu penambahbaikan yang dicadangkan terhadap MACPC 2022 adalah bayaran balik dalam kaedah pembayaran asal bagi penerbangan yang tergendala.
Peruntukan baharu itu akan memastikan pembayaran balik yang konsisten kepada pengguna penerbangan.
Selain itu, Mavcom turut mencadangkan bahawa syarikat penerbangan harus jua menawarkan pilihan bayaran balik dalam cara pembayaran asal sekiranya penerbangan ditangguhkan.
Kertas rundingan tersebut turut menampilkan cadangan peruntukan baharu untuk melindungi pengguna penerbangan yang telah membuat pembayaran terlebih dahulu bagi tiket penerbangan atau pas perjalanan, ia terpakai sekiranya syarikat penerbangan tidak dapat melaksanakan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, seandainya berlaku krisis kewangan seperti penstrukturan semula hutang, pembubaran atau isu pelesenan.
"Apabila syarikat penerbangan menjangkakan gangguan kepada operasinya, cadangan pindaan baharu suruhanjaya ini menghendaki syarikat penerbangan memaklumkan dan menyerahkan pelan yang memperincikan penyelesaian pembayaran balik kepada pengguna," katanya.
Penambahbaikan MACPC dijadual akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2023, sehubungan itu orang ramai diminta memberi cadangan terhadapnya, kata Mavcom.
Semua maklum balas dan cadangan perlu diberi secara bertulis dan dihantar sebelum pukul 5 petang pada November 2022 di www.mavcom.my atau e-mel kepada [email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Mavcom berkata cadangan pindaan terhadap MACPC termasuk perlindungan berkaitan bayaran balik, hak penumpang, pas perjalanan serta penerbangan yang dikeluarkan daripada sistem tempahan syarikat penerbangan. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.