KUALA LUMPUR: Maxis Bhd (Maxis) telah mengambil alih penyedia perkhidmatan internet berkelajuan tinggi, MyKRIS Asia Sdn Bhd pada harga bernilai sehingga RM157.5 juta.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Maxis berkata pengambilalihan itu sebahagian besarnya meliputi penambahan kumpulan pakar seramai 70 jurutera dan pasukan sokongan yang berkelayakan.
Menurutnya, ini sekali gus dapat membantu meningkatkan lagi kemampuan yang diterajui oleh Maxis Programmable Network selain menjadi asas persiapan untuk 5G masa depan dari aspek rangkaian persendirian sehingga meliputi Akses Tetap Tanpa Wayar 5G.
Usaha pengambilalihan MyKRIS Asia dijangka selesai menjelang suku pertama 2022, tertakluk kepada memenuhi terma perjanjian yang dipersetujui sebelumnya, termasuk kelulusan para pemegang sahamnya.
MyKRIS Asia adalah anak syarikat MyKRIS International Bhd -- sebuah syarikat pegangan yang disenaraikan di pasaran Bursa LEAP.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut menyifatkan pengambilalihan itu dapat memperkukuh kedudukan syarikat berkenaan sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia.
"Lebih penting lagi, ini memaparkan komitmen kami untuk melabur dalam negara serta menyokong ekonomi digital selain membolehkan perniagaan sentiasa di hadapan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata perkhidmatan rangkaian dan keselamatan yang terurus merupakan komponen penting bagi strategi transformasi digital.
"Susulan kehadiran MyKRIS Asia, kami menyasarkan untuk memperluas penyelesaian rangkaian dan kemampuan teknikal yang berteraskan Maxis Programmable Network kami yang terbaik dalam kelasnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Usaha pengambilalihan MyKRIS Asia dijangka selesai menjelang suku pertama 2022.
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.
Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
Maxis catat keuntungan bersih suku kedua RM356 juta, isytihar dividen 4 sen
Keuntungan bersih Maxis meningkat 7.9 peratus kepada RM356.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024.
Maxis, Singtel perkenal platform semua dalam satu rangkaian 5G pertama Malaysia
Rangkaian 5G itu akan meliputi pengkomputeran pinggir (edge computing), awan dan perkhidmatan, berasaskan platform Paragon oleh Singtel yang disediakan untuk rangkaian telekomunikasi.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan.
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.
Maxis, Nokia umum kerjasama pacu ketersambungan generasi baharu
Maxis menyatakan akan bekerjasama dengan Nokia dalam mengimplementasi pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan Nokia perlind