SERI ISKANDAR: Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemukan di dalam parit dekat tapak pembinaan hospital baharu Seri Iskandar, di sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada 3.15 petang.
Katanya, identiti bayi tersebut masih belum dikenal pasti dan ditemui dalam keadaan tanpa pakaian, dengan tali pusat yang disyaki sudah dipotong.
"Mayat ditemui dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dalam parit.
"Pemeriksaan secara fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan luar.
"Bedah siasat akan dilakukan pada Isnin 11 Mac, jam 9 pagi di Hospital Changkat Melintang, Bota.
"Ia akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mengenal pasti punca kematian," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Hafezul Helmi menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Insp Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.
Aida Aziz
Sun Mar 10 2024

Mayat seorang bayi perempuan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dalam parit, dekat tapak pembinaan hospital baharu Seri Iskandar, pada Ahad. - Gambar hiasan

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.

Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.

Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
HBR berkata bayi itu meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan perubatan, dan bapanya diberikan kebenaran untuk menguruskan pengebumian pada hari berikutnya.

Mayat bayi perempuan baru lahir ditemukan tenggelam dalam parit
Mayat bayi perempuan tanpa pakaian, dengan tali pusat yang disyaki sudah dipotong, ditemukan dalam parit dekat tapak pembinaan hospital.

Pengasuh mengaku salah sembunyikan kelahiran bayi ditemui maut
Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas kesalahan menyembunyikan kelahiran di Kangar pada bulan lalu.

Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui dalam tong sampah
Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di salah satu blok sebuah flat di Bandar Baru, Farlim, Air Itam di sini pada Khamis.

Mayat bayi ditemukan terapung di perkampungan atas air di Kota Kinabalu
Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di sebuah perkampungan atas air di sini, semalam.

Jumpa mayat bayi di pekarangan masjid
Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah dekat sini petang tadi.

Mayat bayi ditemukan di Flat Danau Kota, Setapak
Mayat bayi perempuan cukup sifat ditemukan beralaskan papan kayu di kawasan rumput di Flat Danau Kota, Setapak hari ini.

Mayat bayi perempuan dijumpai dalam longgokan sampah
Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang bayi tersebut.