Polis menahan suspek kes bunuh bersabit penemuan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam kotak dan dibuang di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, di sini pada 23 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalthrash Wahid berkata suspek yang merupakan wanita rakyat Indonesia berusia 28 tahun ditahan ketika bekerja di sebuah premis menjual nasi ayam di Tanjung Bungah pada Sabtu lepas.
Beliau berkata rakan dan bekas majikan mangsa tampil membuat pengecaman mayat selepas tersiar gambar gelang yang dipakainya di akhbar dan memberi maklumat mengenai suspek yang berusia 28 tahun itu.
BACA : Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - Polis
"Mangsa yang telah dikenal pasti sebagai rakyat Indonesia dan berusia 38 tahun itu adalah rakan serumah suspek.
"Dalam soal siasat selama tiga hari suspek pada mulanya membuat cerita mengatakan mangsa telah berpindah namun keterangannya didapati bercanggah dan tidak konsisten," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Beliau berkata suspek mengaku menghentak kepala wanita itu ke dinding beberapa kali sehingga mati kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan membayar hutangnya berjumlah RM8,000.
Katanya siasatan di rumah flat yang disewa mereka di Tanjung Bungah menemukan kesan darah kering pada dinding yang cuba ditutup dengan cat selain kesan darah pada baju yang dipakai suspek pada hari kejadian.
Mior Faridalthrash berkata rakaman kamera litar tertutup di flat itu mendapati suspek dibantu seorang lelaki disyaki rakan senegaranya mengangkut kotak berisi mayat mangsa menggunakan troli ke dalam sebuah lori.
"Lori yang disewa suspek dan rakannya itu dipandu seorang lelaki tempatan namun dia mendakwa tidak tahu kandungan kotak tersebut," katanya menambah kenderaan itu turut dirampas untuk membantu siasatan.
Beliau berkata polis masih mengesan lelaki yang membantu suspek untuk melupuskan mayat mangsa dan menyifatkan kes itu telah selesai.
Pada kejadian pukul 1 tengah hari mayat mangsa yang telah mereput dipercayai telah mati lebih 10 hari ditemui pengutip tin dan botol kira-kira 20 meter dari kawasan curam kaki bukit berkenaan.
Bernama
Thu Jun 04 2015
POLIS : Suspek mengaku menghentak kepala wanita itu ke dinding beberapa kali sehingga mati kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan membayar hutangnya berjumlah RM8,000.
AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin
Negara akan mengambil setiap kelebihan daripada lebih 300 pempamer yang menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) bermula 20 hingga 22 Januari ini.
Anak kedua pemain JDT, Nazmi Faiz meninggal dunia
Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Ronaldo kekal pemain paling mahal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sepasang suami isteri ditahan terlibat sindiket rokok seludup di Tanah Merah
Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648,738, termasuk cukai.
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
Mayat dalam kotak: Polis tahan suspek rakyat Indonesia
Polis menahan suspek kes bunuh bersabit penemuan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam kotak dan dibuang di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, di sini pada 23 Mei lepas.