KLANG: Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita yang disimen di dalam kolah bilik air sebuah rumah di sini pada Ahad.
Perintah reman tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.
Terdahulu, suspek berusia 53 tahun itu diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret di sini, pada jam 9.47 pagi, Selasa.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan suasana di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di sini, gempar dengan penemuan mayat wanita dipercayai warga asing, kira-kira jam 9.30 malam.
Siasatan dijalankan polis selepas menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkaitan terdapat mayat di kolah bilik air rumah sewa tersebut.
Mayat wanita itu ditemukan selepas anggota bomba bertindak memecahkan simen kolah berkenaan.
Polis setakat ini menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dilaporkan berkata, dua individu itu masing-masing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang dikenal pasti menyewa rumah tersebut dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 05 2023
Suspek berusia 53 tahun itu diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret di sini, pada jam 9.47 pagi, Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Polis kesan suami tampar isteri
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
THR GEGAR anjur Sunathon bersama Poliklinik Al Farhain
Kira-kira 30 kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun menjalani proses berkhatan di Poliklinik berkenaan bayaran.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Mayat disimen dalam bilik air: Lelaki warga asing ditahan, reman 7 hari
Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita yang disimen di dalam kolah bilik air sebuah rumah di sini pada Ahad.