Dua beradik perempuan ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Tanjung Minyak, Melaka, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-jkira 5.30 petang itu, mayat Nur Maisarah Balqis Rosghazali, tujuh dan adiknya Nur Qalisha Balqis, enam ditemui rentung pada pukul 5.55 petang oleh anggota bomba di bawah katil.
Penolong Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, Mohd Adli Abd Rahman berkata bapa mangsa Rosghazali Shapie berusia 40-an pula diselamatkan orang awam selepas pengsan akibat terhidu asap tebal ketika cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya itu.
Menurutnya, 18 anggota bomba bersama beberapa jentera bomba digerakkan ke tempat kebakaran sebaik menerima laporan pada kira-kira jam 5.38 petang.
"Kami telah menerima panggilan pada jam 5.38 petang dan mendapati berlaku kebakaran. Seramai 18 anggota dan ambulan Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat. Sampai saja ke tempat kejadian kita dapati terdapat seorang mangsa lelaki melecur dan dapat dikeluarkan.
"Ketika membuat operasi menyelamat, kami mendapati terdapat dua orang mangsa lagi iaitu kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun yang rentung di dalam bilik," kata Mohd Adli.
Bomba dapat mengawal api daripada merebak pada pukul 6.20 petang dan siasatan awal mendapati api dipercayai berpunca dari bilik tengah rumah berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir 70 peratus kediaman itu.
Beliau berkata, ketika kejadian bapa mangsa berada di luar rumah manakala ibu mereka bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.
Katanya, mayat adik-beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat manakala bapa mereka menerima rawatan di hospital sama.
Astro Awani
Fri Oct 23 2015
![Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan dalam kebakaran Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445618472_NurMaisarahBalqis.jpg)
Bapa kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan pengsan kerana terhidu asap ketika cuba menyelamatkan dua anaknya. - Gambar Astro AWANI
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
![Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695294406_Duaberadikrentung.jpg)
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Manggatal
Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Menggatal di Kota Kinabalu pada Khamis.
![Sepupu kesal tak dapat selamatkan dua beradik rentung Sepupu kesal tak dapat selamatkan dua beradik rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683950273_TBrentung.jpg)
Sepupu kesal tak dapat selamatkan dua beradik rentung
Kata Siti Salwani, sebelum itu dia terdengar bunyi percikan api dan keluar dari rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah mangsa.
![Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672694761_TBTERBKARRENTUNG.jpg)
Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan
Pusat Khidmat Parlimen Gombak dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak masing-masing memberi RM500 kepada setiap keluarga terjejas.
![Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672679313_MenteriPembangunan.jpg)
Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
!['Saya hilang dua cucu sekali gus' 'Saya hilang dua cucu sekali gus'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672635846_TBGOMBAKFIRE.jpg)
'Saya hilang dua cucu sekali gus'
Lokman Marni, 53, berkata ingatan tersebut diberikan kepada anak dan menantunya kerana bimbangkan seandainya berlaku perkara buruk.
![Kejadian dua beradik rentung tiada elemen jenayah- KP Johor Kejadian dua beradik rentung tiada elemen jenayah- KP Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662195652_Duaberadikrentung.jpg)
Kejadian dua beradik rentung tiada elemen jenayah- KP Johor
Kejadian dua beradik rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri semalam tidak melibatkan elemen jenayah.
![Rentung dua beradik: Mangsa tinggal berdua semasa kejadian - Polis Rentung dua beradik: Mangsa tinggal berdua semasa kejadian - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662213502_Rentungduaberadik.jpg)
Rentung dua beradik: Mangsa tinggal berdua semasa kejadian - Polis
Pihak polis memaklumkan, ibu kepada mangsa berada di rumah jiran, manakala bapa mereka bertugas di luar.
![Rentung dua beradik: Datuk saudara redah masuk namun terhalang kepulan asap Rentung dua beradik: Datuk saudara redah masuk namun terhalang kepulan asap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662205074_LimJitHuey.jpg)
Rentung dua beradik: Datuk saudara redah masuk namun terhalang kepulan asap
Datuk saudara dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Dato Sulaiman Menteri cuba menyelamatkan kanak-kanak terbabit namun terhalang oleh kepulan asap tebal.
![Dua beradik warga emas rentung kerana tidak jumpa kunci gril Dua beradik warga emas rentung kerana tidak jumpa kunci gril](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576144057_TBBERADIKMAUT.jpg)
Dua beradik warga emas rentung kerana tidak jumpa kunci gril
Mangsa dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan adiknya seorang OKU, Ida Din, 56.
![Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan dalam kebakaran Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445618472_NurMaisarahBalqis.jpg)
Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan dalam kebakaran
Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya Nur Qalisha Balqis, 6, ditemui rentung di bawah katil.