JEMPOL: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dengan keadaan mayatnya kembung dan berulat dalam tebing sedalam 7.4 meter dari bahu jalan di Jalan Serting Hilir, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mayat lelaki berusia 26 tahun itu dijumpai bersama motosikal jenis Yamaha Lagenda oleh seorang wanita pada 2.30 petang Selasa dan memaklumkan kepada polis.
"Lelaki itu dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lepas berdasarkan keadaan mayatnya itu. Siasatan awal mempercayai lelaki itu terbabit kemalangan ketika hendak pulang ke rumahnya di Serting Hilir.
"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu jatuh ke tebing itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Hoo berkata tarikh dan masa sebenar kemalangan tidak dapat dipastikan namun kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira seminggu lepas.
Beliau berkata tiada unsur jenayah ditemukan setakat ini dan mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat.
Dalam kejadian lain, Hoo berkata seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal jenis Yamaha ditungganginya dilanggar sebuah kereta jenis Toyota dalam nahas di Bahau, di sini kira-kira 6 petang Selasa.
"Siasatan awal mendapati apabila mangsa tiba di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang sebelah kiri motosikal itu," katanya.
Hoo berkata kemalangan menyebabkan penghantar makanan terbabit cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa yang berusia 19 tahun itu turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

Mayat mangsa bersama motosikal yang ditemukan di tebing sedalam 7.4 meter dari bahu jalan di Jalan Serting Hilir. -Bernama/PDRM
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

Tidak cam bapa kerana mayat kembung, kata anak pemandu e-hailing
Bagaimanapun, Mohd Norazrie berkata dia kemudian dapat mengecam mayat bapanya berdasarkan beberapa ciri selain mangsa memiliki satu buah pinggang.

Mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di Jalan Serting Hilir
Mayat lelaki berusia 26 tahun itu dijumpai bersama motosikal jenis Yamaha Lagenda oleh seorang wanita pada 2.30 petang Selasa.

Mayat tanpa tangan dan kaki kiri ditemui terapung
Mayat seorang lelaki tanpa tangan dan kaki kiri ditemui terapung dalam keadaan tertiarap di kawasan perairan Paradom, Sungai Batang Rajang pagi tadi.