TAWAU: Lelaki yang dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menyeberang sungai ditemukan maut dengan keadaan mayatnya tidak sempurna di Sungai Udin di sini pada Sabtu.
Mayat Zulkefli Sunan, 52, ditemukan di tepi sungai oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan kira-kira jam 1.30 petang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi pencarian memasuki hari kedua diteruskan bermula jam 7.23 pagi di lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan bot dengan dibantu bot orang awam pada jarak satu kilometer dari mangsa dibaham buaya.
"Operasi pencarian berakhir apabila mangsa ditemukan di tepi sungai dua kilometer dari dari hilir sungai.
"Mayat mangsa juga ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu hanya separuh badan tanpa kaki dipercayai akibat dibaham buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Jemishin berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan jam 2.21 petang selepas mangsa ditemukan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024
![Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711794524_Mayatlelakidibaha.jpg)
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya di Sungai Udin, Tawau. -Foto Sinar Harian
![PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739925550_tbOPTARINGKelanta.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.
Jack Ma buat kemunculan semula, jadi pemacu China?
Jack Ma kembali ke pentas korporat selepas bertahun-tahun menjauhi perhatian umum, menandakan pemulihan hubungannya dengan Beijing. Kemunculannya dalam pertemuan bersama Presiden Xi Jinping memberi isyarat penting kepada sektor swasta China yang kini diharap membantu pemulihan ekonomi negara.
Belanjawan Singapura: Pelbagai bantuan atasi inflasi, pertumbuhan jadi tumpuan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.
![Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737113737_KetuaPolisSelangor.jpg)
Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.
![ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma! ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739924425_tbJDTACLEpusinga.jpg)
ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.
![Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739921432_tbmenikamisteri.jpg)
Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.
![Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711794524_Mayatlelakidibaha.jpg)
Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan tanpa kaki
Mayat Zulkefli Sunan, 52, ditemukan di tepi sungai oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan kira-kira jam 1.30 petang.