TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup di sini, pada Rabu dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan mereput sekitar jam 4.48 petang.
"Siasatan mendapati lelaki terbabit memakai baju warna merah dan berseluar pendek ditemui dengan beberapa kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher.
"Bagaimanapun bangsa dan status kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
"Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan luka potongan pada kepala dan leher.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi balai Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Muhammad Nazrin Nasir di talian 019-9146370 atau salurkan maklumat di balai polis berhampiran.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, pada Rabu dipercayai dibunuh. - Foto Sinar Harian/PDRM
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Pastikan peruntukan mencukupi hadapi bencana - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menghadapi bencana kerana ia boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tanah Runtuh: 16 lokasi kritikal di Belaga diperiksa
Sebanyak 16 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di sepanjang Jalan Menjawah Belaga, dengan beberapa kawasan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera.
UNIMAS dalam proses akhir lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi
Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit menjelaskan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bermatlamat membentuk warga unimas berintegriti dan mematuhi etika dalam segala aspek tatakelola sekali gus mengurangkan risiko salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.
Mayat lelaki ditemui dalam parit dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, pada Rabu dipercayai dibunuh.
Mayat wanita ditemui dalam parit kebun sawit
Mayat seorang wanita ditemui dalam parit di sebuah kebun sawit di Kampung Arang, Lorong Kijang 1, Inderasabah, Tawau pada Selasa.