ALOR SETAR: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui polis terdampar di tebing pasir Sungai Kedah berdekatan Restoran Ampang Bay (Ampang Jajar) di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat terbabit ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh polis yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah.
"Dengan bantuan pihak Bomba dan Penyelamat Alor Setar, mayat telah dibawa naik dari atas tebingan pasir sungai ke kawasan darat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat lelaki yang lengkap berpakaian tanpa identiti pengenalan diri itu dipercayai mangsa hilang yang dilaporkan sebelum ini.
"Ini berdasarkan pengecaman oleh waris mangsa yang turut hadir di lokasi penemuan mayat.
"Mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 19 2023

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah untuk bedah siasat. -Foto Sinar Harian
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan
ACP Siti Nor Salawati berkata, dalam kejadian jam 7 petang itu dipercayai remaja tersebut datang ke stadium bersama adiknya.

Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.

Kakak maut, adik parah dalam kemalangan motosikal dengan lori
Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis SYM Sport meninggal dunia di tempat kejadian.

Keluarga lelaki maut didakwa diserang anggota polis mahu keadilan
Pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi.

Nahas trak tentera: 'Mak cik ampunkan, halalkan makan minum, susu mak cik bagi pada dia'
Ibu kepada salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan pada Jumaat, masih terkejut.

Mayat lelaki ditemui terdampar di Sungai Kedah
Mayat terbabit ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh polis yang membuat pemantauan di sekitar Sungai Kedah.

Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di UTC Kedah
Mayat lelaki ditemukan berlumuran darah di ruang penghawa dingin

Jenazah Salahuddin Ayub disembahyangkan di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadut
Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 8.50 pagi dari kediaman ibunya dan jenazah disembahyangkan pada 9.45 pagi.

Luluh hati Young Syefura terima berita pemergian Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub dianggap Young Syefura seperti ayah kandung sendiri yang tidak pernah jemu berkongsi nasihat dan tunjuk ajar.

Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil - Dr Zaliha
Katanya, pihaknya akan melawat Salahuddin hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.