KANGAR: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di dalam Sungai Tambun Tulang, Simpang Empat, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat berkenaan pada jam 3 petang.
“Setiba anggota di lokasi mendapati mayat merupakan seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang berwarna kuning.
“Bantuan anggota bomba dipanggil untuk membawa mayat itu ke tebing sungai lalu diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an dan polis tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Yusharifuddin berkata, polis tidak menemui pengenalan diri pada mayat terbabit.
Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 06 2023
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di dalam Sungai Tambun Tulang, Simpang Empat, pada Sabtu. - Foto ihsan polis
Op Sky: SPRM akan panggil 20 pegawai bank lagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kira-kira 20 lagi pegawai bank dalam masa terdekat bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Sindiket edar dadah antarabangsa dibongkar
Polis Pulau Pinang membongkar dua sindiket pengedaran dadah menerusi dua operasi terancang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar memberi jaminan pihaknya akan menyiasat secara telus dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa
Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata.
ATF 2025: ASEAN tambah tiga sedia perkukuh kerjasama pelancongan, tingkatkan pertumbuhan
Mesyuarat antara lain membincangkan pelaporan program dan aktiviti di bawah ASEAN Plus Three (APT) Tourism Cooperation Work Plan 2021-2025.
AWANI 7:45 [19/1/2025] – Gencatan Senjata Bermula Hari Ini | Kerajaan Hantar Pulang | Tidak Periksa Sebarangan | Ditampar Pelanggan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Zionis lengahkan gencatan senjata hampir tiga jam
- Kerajaan hantar pulang warga Palestin ke Gaza dalam tempoh gencatan
- Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah
- Keindahan diragut, hakisan pantai Terengganu makin kritikal
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Zionis lengahkan gencatan senjata hampir tiga jam
- Kerajaan hantar pulang warga Palestin ke Gaza dalam tempoh gencatan
- Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah
- Keindahan diragut, hakisan pantai Terengganu makin kritikal
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Ringkas: MOTAC sedia bantu jemaah terkandas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Tambun Tulang
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di dalam Sungai Tambun Tulang, Simpang Empat, pada Sabtu.