KUBANG PASU:Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Korok semalam ditemui lemas hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mayat ditemui jam 7.59 pagi tadi di Kampung Budi, kira-kira 5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Ia ditemui terapung oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sewaktu melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang sungai itu.
Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai 14 anggota termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.36 petang semalam seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Korok.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Oct 25 2020

Mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota BBP Jitra sewaktu melakukan operasi pencarian di sungai itu. - Astro AWANI
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Mayat lelaki jatuh Sungai Korok ditemui 5km dari lokasi
Mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota BBP Jitra sewaktu melakukan pencarian di permukaan air di sepanjang sungai itu.