KUALA TERENGGANU: Mayat lelaki dengan tangan memakai gelang kuarantin berwarna putih yang ditemukan terapung di Sungai Terengganu, berdekatan Kampung Banggol Cempedak, di sini petang semalam disahkan negatif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata lelaki berusia 36 tahun itu sepatutnya memotong gelang kuarantin tersebut pada 18 Julai lepas, namun gagal dihubungi pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu.
"Susulan penemuan mayat berkenaan yang menjadi tular di media sosial, waris mangsa telah tampil ke Balai Polis Cabang Tiga pada pukul 12 tengah malam tadi bagi membuat laporan kehilangan ahli keluarga.
Identiti lelaki terbabit telah disahkan oleh kakaknya yang berusia 38 tahun hasil daripada pengecaman fizikal dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.
Abdul Rahim memberitahu kali terakhir mangsa dihubungi kakaknya pada Jumaat lepas sebelum mereka terputus hubungan.
POLIS-MAYAT 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Mangsa tinggal berseorangan di Kampung Batu Hampar, Manir di sini sementara kakaknya menetap di tempat lain, katanya.
Abdul Rahim berkata hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat telah dituntut oleh ahli keluarga kira-kira pukul 3 petang tadi untuk proses pengebumian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Mayat lelaki dengan tangan memakai gelang kuarantin berwarna putih yang ditemukan terapung di Sungai Terengganu disahkan negatif COVID-19. -Foto Sinar Harian
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Bukan hanya merah jambu, gelang kuarantin ada lima warna - KKM
Perbezaan warna gelang tersebut adalah tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Bukan hanya gelang merah jambu untuk kuarantin? Ini tumpuan kenyataan KKM
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 68 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 23 kes lagi adalah bukan warganegara.