SEREMBAN: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam longkang di tepi jalan besar Jalan Tok Ungku bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah, Rahang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia empat hari lalu, ditemukan oleh seorang individu yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Wisma Nadaraja, pada pukul 7.12 malam tadi.
"Saksi tersebut terhidu bau busuk dari arah longkang dan menjumpai mayat lelaki sebelum menghubungi talian 999 untuk bantuan. Mayat itu ditemui di dalam longkang yang berkeluasan dua kaki lebar (0.6 meter) dan kedalaman lebih kurang empat kaki (1.2 meter).
"Mangsa memakai baju berkolar dan 'vest' bertulisan 'security'. Lelaki itu juga ditemui dalam keadaan tidak berseluar serta tidak berselipar atau kasut. Tiada sebarang dokumen diri ditemui pada mayat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan awal forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri Sembilan tidak dapat memastikan punca kematian lelaki itu, kerana keadaannya yang telah membengkak dan berkulat dan unit K9 juga tidak menemukan sebarang bahan bukti semasa pengesanan dilakukan sekitar kawasan tersebut.
Nanda berkata punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan oleh Hospital Tuanku Ja'afar dan setakat ini kes diklasifikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia empat hari lalu, ditemukan oleh seorang individu yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. - Gambar fail/BERNAMA
#AWANIByte: HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet terbaharu dengan prestasi PC
Huawei melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci yang dilengkapi HUAWEI M-Pencil (Gen 3) powered by NearLink, ia menyokong 16,384 tahap kepekaan tekanan untuk ketepatan lukisan dan penulisan yang lebih semula jadi. HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pula membolehkan mod Split Form, Laptop Form, dan Studio Form, sesuai untuk multitasking.
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!
Dengan PC-Level WPS Office dan sistem 3D Heat Dissipation Architecture, tablet ini memberikan prestasi tinggi sambil mengekalkan suhu optimum. Bateri 10,100mAh dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W membolehkan pengecasan 80% dalam 40 minit dan 100% dalam 65 minit.
Tablet flagship ini juga dilengkapi dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman visual yang lebih bagus.
Pra-pesan kini pada harga RM4,999 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM2,744!

Keputusan ibu bapa Zayn Rayyan batal pertuduhan pada 4 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Mac untuk keputusan permohonan ibu bapa kepada Zayn Rayyan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai
Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.

Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung
Mayat seterusnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Semporna untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.

Mayat ditemukan terapung di Port Dickson
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson pada Sabtu.

Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Gunung Jerai
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring di kawasan Alor Naga di puncak Gunung Jerai, pada Sabtu.

Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir, Langkawi, pada jam 11.45 pagi Jumaat.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terbaring dalam kebun betik
Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di tanah di dalam kebun betik berdekatan Kampung Dalam Wang dekat Baling pada Ahad.