IPOH: Mayat lelaki pekerja warga asing yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, pagi Selasa, berjaya dikeluarkan jam 2.36 petang tadi.
Mayat warga Pakistan, Sohail Sajjad, 36, kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan selanjutnya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, mayat mangsa dijumpai di bawah jengkaut dan dikeluarkan setelah tiada lagi berlaku runtuhan kecil.
"Lebih kurang pukul 1.45 tengah hari kami terpaksa menghentikan semula proses mengeluarkan mangsa kerana pada masa itu mangsa jasadnya telah kita dapat kenal pasti dan kita berjaya untuk menarik dia keluar tetapi ada halangan.
"Rupanya, walaupun jasadnya telah dapat kita keluarkan daripada batu-batu, tetapi mangsa tu tersekat kerana tangannya tersangkut di bawah batu-batu di bawah escavator (jengkaut) tersebut. Kerana keadaan kembali tak stabil jadi kerja-kerja penyelamatan ataupun mengeluarkan mangsa terpaksa kita hentikan sementara," katanya.
Beliau ditemui selepas meninjau kerja-kerja mengeluarkan mangsa di lokasi.
Tambahnya, kira-kira jam 2.25 petang, dua anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) serta lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai menggunakan kaedah manual untuk memecahkan batu-batu, seterusnya mengeluarkan mayat mangsa.
Katanya lagi, lokasi kejadian telah lama ditinggalkan dan dipercayai tiada kerja-kerja lagi letupan dilakukan.
Mangsa bersama dua rakannya dikatakan sedang mengalihkan batu-batu di kawasan itu sebelum diminta meninggalkan lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal di dalam jengkaut.
Kejadian berlaku di bukit sama yang telah mengorbankan dua warga tempatan, Mac tahun lalu.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Sep 05 2023

Mayat warga Pakistan, Sohail Sajjad dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Mayat mangsa tertimbus runtuhan kuari berjaya dikeluarkan
Mayat lelaki pekerja warga asing yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Keramat Pulai berjaya dikeluarkan jam 2.36 petang.