KLANG: Mayat seorang daripada dua mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk urusan selanjutnya.
Mayat mendiang Roshaan Singh Raina, 43, dibawa keluar dengan menggunakan sebuah kenderaan pengurusan jenazah milik sebuah syarikat swasta dengan diiringi dua anggota polis trafik serta sebuah kenderaan waris mendiang kira-kira jam 3 petang.
Mayat akan dibawa ke Sunway Lenang, Kota Tinggi, Johor Bahru untuk urusan pengebumian pada Khamis, manakala mayat Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, belum dituntut waris sehingga jam 3.30 petang ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao dilaporkan berkata, siasatan pihak polis melibatkan bedah siasat dan pengecaman mayat dua mangsa telah selesai dijalankan.
Menurutnya, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel Yang terhempas itu juga disahkan adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 43.
"Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah daripada pelbagai kecederaan akibat pesawat terhempas dan hasil pemeriksaan cap jari terhadap dua mangsa (mengesahkan) mangsa adalah Daniel dan Roshaan.
"Punca nahas masih dalam siasatan BSKU jadi pihak polis akan menyerahkan mangsa kepada waris dalam masa terdekat selepas melalui beberapa prosedur pihak Jabatan Forensik," katanya.
S Vijaya Rao ditemui pemberita selepas proses bedah siasat dan pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini selesai dijalankan pada Rabu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 14 2024

Mayat mendiang Roshaan Singh Raina, 43, dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jasad Roshaan selamat disemadikan
MPV membawa jasad Roshaan tiba di Krematorium Hindu Johor Bahru, Johor Bahru pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat.

'Roshaan sempat hantar mesej sebelum kejadian' - Rakan
Upacara ziarah dan penghormatan terakhir terhadap mendiang Roshan akan diadakan di rumahnya mulai jam 10 pagi Khamis.

Mayat mendiang Roshaan Singh dibawa pulang ke Kota Tinggi
Mayat akan dibawa ke Sunway Lenang, Kota Tinggi, Johor Bahru untuk urusan pengebumian pada Khamis.