SIBU: Mayat seorang nelayan yang dipercayai menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sungai Batang Oya, Mukah, kira-kira 180 kilometer dari sini berjaya ditemukan tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata mayat Roslin Madaie, 58, dari Kampung Boom Oya dijumpai penduduk kampung menggunakan teknik tradisional menunda mata kail di sungai itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Saga berkata polis menerima panggilan kejadian itu kira-kira pukul 11.26 malam tadi sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dalat menggunakan Land Rover Polis. Hasil pemeriksaan doktor bertugas dan pegawai penyiasat kes mendapati kecederaan pada badan mangsa ialah sinonim dengan gigitan binatang buas," katanya.
Berdasarkan laporan yang diterima polis, beliau berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam hari Jumaat ketika mangsa sedang menjala udang di sungai berkenaan.
Saga berkata seorang saksi kejadian yang berada tidak jauh dari bot mangsa telah melihat mangsa disambar seekor buaya ketika sedang menebar jala sebelum diheret reptilia itu.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Oya, pagi tadi.
Kes terbaharu ini merupakan kes serangan buaya yang kelapan dilaporkan di sungai terbabit sejak 2015 melibatkan enam orang maut manakala dua lagi terselamat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Mayat Roslin Madaie, 58, dari Kampung Boom Oya dijumpai penduduk kampung menggunakan teknik tradisional menunda mata kail di sungai itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam. - Gambar/ Sinar Harian
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Mayat nelayan dibaham buaya ditemukan guna teknik tradisional
Mayat seorang nelayan yang dipercayai menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sungai Batang Oya, Mukah, kira-kira 180 kilometer dari sini berjaya ditemukan tengah malam tadi.