Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui dalam keadaan berulat di sebuah kawasan flat terbengkalai di Sungai Pari di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan oleh orang awam kira-kira jam 9 malam tadi.
Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat yang telah membengkak dan berulat, lelaki itu dipercayai telah mati dalam tempoh empat atau lima hari.
"Tidak jauh dari sisi mayat tersebut telah dijumpai dompet dan selepas diperiksa ia milik seorang lelaki Cina berusia 50 tahun, di samping kad OKU mental.
"Identiti belum boleh disahkan sehingga keluarga dapat dihubungi," katanya di sini.
Asmadi berkata, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan luaran melainkan kesan mayat membengkak.
"Patologist telah dihubungi dan bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui sebab-sebab kematian," ujarnya.
Menurutnya, klasifikasi awal kes adalah sebagai mati mengejut sehingga mendapat laporan bedah siasat.
"Kawasan kejadian merupa flat terbengkalai yang juga 'port' penagihan dadah," kata beliau.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 07 2020

Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan luaran melainkan kesan mayat membengkak. Foto PDRM.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Juadah di bazar Ramadan dicemari ulat: PPj keluar notis amaran keras
PPj mengeluarkan notis amaran kepada sebuah gerai makanan di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 di sini susulan isu kebersihan makanan seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Mayat dalam keadaan berulat ditemukan di kawasan hutan
Lelaki itu telah meninggal dunia lebih daripada tujuh hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat dan berbau busuk.

Mayat OKU berulat ditemui di flat terbengkalai
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan oleh orang awam kira-kira jam 9 malam tadi.

Mayat warga emas Kanada ditemui dalam keadaan berulat
Kebimbangan seorang anak apabila tidak menerima perkhabaran dari bapanya sejak empat hari lepas akhirnya terjawab apabila bapanya itu ditemukan meninggal dunia.

Gempar! Mayat lelaki berulat di tebing sungai di Padawan
Penduduk di Padawan semalam digemparkan dengan penemuan mayat reput di tebing sungai berhampiran jambatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug, Padawan pada Ahad.

Mayat lelaki ditemui di paya bakau
Mayat seorang lelaki yang hampir reput dan berulat ditemui di dalam kawasan paya bakau di Parit Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di sini.

Bayi berulat ditemui berhampiran pusat pembuangan sampah
Mayat seorang bayi berulat ditemui orang awam di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di sini semalam.

Jiran terkejut, bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat kembung dan berulat
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu.

Mayat lelaki berulat ditemukan dalam longkang
Mayat tanpa kepala serta berulat ditemui bersama timbunan sampah di dalam longkang oleh orang awam yang terhidu bau busuk ketika melalui jalan berkenaan.

Mayat warga emas ditemui berulat di rumahnya
Polis percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.